Posts

Showing posts from August, 2011

BANTULAH MEREKA SEMAMPU ANDA...

Image
Sudah 2 tahun kemarau melanda negara Tanduk Afrika. Kemarau terburuk sejak 6 dekad yang lalu. Somalia negara paling menderita dengan ribuan rakyatnya mati kelaparan setiap bulan. Sahabat! Seramai 99% rakyat Somalia adalah beragama Islam. Mereka adalah saudara kita yang wajib dibantu. PBB mengisytiharkan beberapa daerah selatan Somalia sebagai zon penderitaan di mana beribu-ribu rakyat Somalia mati kelaparan akibat kemarau dan konflik politik. Separuh dari 9 juta rakyat Somalia dalam keadaan yang amat tenat dan memerlukan bantuan segera. Seramai 640 ribu kanak-kanak menderita kebuluran tahap tegar di selatan Somalia. Sebelum ini ibukota Somalia, Mogadishu menjadi salah satu tempat pelarian, tetapi bandar ini juga semakin tenat. Mereka perlu berjalan ke Kenya, pusat pelarian terbesar di dunia. Perajalanan sehingga sejauh beratus kilometer di tengah padang pasir tidak menjanjikan perjalanan yang mudah untuk kanak-kanak, wanita dan mereka yang uzur.Sebahagian besar saudara

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-8 TAHUN, SAYANG

Image
Assalammualaikum.... :) senyum dulu... hari ini 29 Ogos, 2011 genaplah 8 tahun usia perkahwinan kami... Alhamdullilah segala onak duri & apa jua masalah dpt kami hadapi dgn jayanya.. syukur... moga perkahwinan k ami yg dibina atas rasa kasih sayang dan restu kedua keluarga in i akan terus bahagia hingga ke Syurga... dan kehidupan kami akan sentiasa dilindungi rahmat Allah SWT... Doa kami semoga bahagia yg dibina akan terus subur serta sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah oleh Allah SW T.. tiada yg baik dari itu yg kami pohon... Cepatnya masa berlalu sudah 3 org khalifah Allah SWT utuskan pada kami untuk kami didik supaya me njadi hamba yg baik, berta qwa pd suruhan Allah SWT... Doa ku, Ya Allah, moga ikatan ini akan terus kukuh dan sentiasa berlandaskan ajaran Islam yg baik untuk kami sekeluarga dan kasih sayang ini berkekalan hingga akhir hayat dan mudah2an hingga kesyurgaMu, sy urga yang paling istimewa, Ya Allah. Moga rezekiMu akan terus melimpah ruah seperti

MUTIARA KATA - 26 OGOS 2011

Image
.... Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira..... Ibuani: kadang gembira, kdg2 duka.... :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 - MAAF ZAHIR & BATIN

Image
Assalammualaikum... Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca sahabat di alam maya ini, yang beragama Islam. Semoga kita semua diberi keampunan & kemenangan di Ramadhan kali ni... dan segala kebaikan akan terus berterusan pd bulan2 yang lain.... Insyallah... Kepada yang pulang beraya di kampung, selamat jalan saya ucapkan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pandulah dengan berhemah dan ingat orang yang tersayang. Dikesempatan ini juga, saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata dan terkasar bahasa sepanjang kalian semua mengenali saya... senyum selalu... ;D Ada ketikanya… Mata silap memandang, Telinga salah mendengar, Lidah terlanjur berkata, Fikiran khilaf menafsir, Dan hati silap menduga, Mohon maaf atas segalanya, Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Saya SAYANG anda semua.....

MUTIARA KATA - 24 OGOS 2011

Image
“Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.” Ibuani: xpernah salahkan org atas khilaf sendiri.... Insyallah... krn tahu manusia tidak sempurna....

Keaiban Yang Ditutup Allah... Siasatlah Diri Kamu, Sebelum Diri Kamu Disiasat...

Image
Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah. Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: " Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim) Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, penden

YA ALLAH PELIHARA LAH SUAMIKU & ANAK-ANAK KU - 2 beradik maut dilanggar kereta

Image
2 beradik maut dilanggar kereta Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my KOTA BHARU 23 Ogos – Hasrat seorang ibu menyediakan kelengkapan buat dua anaknya sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tidak kesampaian apabila kedua-dua anaknya itu maut dalam nahas di Kampung Hujung Tanjung dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa Raja Zulkarnain Raja Azhan, 9, dan adiknya Raja Nur Iliya, 6, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mereka dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara ketika menunggang basikal pulang ke rumah dari sekolah. Pemandu kereta itu bagaimanapun melarikan diri. Ibu mangsa, Norain Alia Abdullah (gambar), 35, berkata, sebelum kejadian, anak lelakinya itu memintanya membelikan sepasang baju Melayu berwarna ungu dan dia berjanji untuk membelinya selepas mendapat wang zakat daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). “Setelah mendapat duit zakat hari ini,

MUSIBAH PENEBUS DOSA

Image
Dalam menempuh kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berdepan pelbagai perkara yang tidak diingini oleh semua manusia seperti musibah kehilangan insan tersayang, sakit, kemusnahan harta benda dan sebagainya. Namun agama kita kita tidak menjadikan semua musibah itu sebagai perkara yang sia-sia. Orang mukmin yang bersabar dan reda dengan musibah tersebut akan diganjari dengan pahala daripada Allah SWT. Setiap perkara yang menimpa seseorang berupa sakit, kesulitan, kesusahan, kesedihan atau keletihan, bahkan duri yang menusuk sekalipun, maka semua itu sebagai penebus dosa.Kemudian jika dia bersabar dan mengharap pahala maka di samping mendapat penghapusan dosa dia juga mendapatkan pahala atas kesabarannya dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Maka musibah-musibah itu merupakan penebus dosa bagi seorang yang beriman, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala : Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah m

"PERMUDAHKANLAH..... "

Image
Daripada Anas Bin Malik ra, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Permudahkanlah , jangan menyusahkan , tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu. " Riwayat al-Bukhairi dan Muslim.

MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH, SESUKAR MENEGAKKAN BENANG YANG KERING!

Image
0 BERTEKAK dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan kelentong kata dan auta nada suara boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala omong-omong yang kosong isinya, bukti-bukti yang hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai hampeh. Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregang! BERMUSYUARAH dan berhujah untuk menegakkan yang hak, yang benar dengan inti kata dan intonasi nada suara, boleh meyakinkan orang. Tapi hanya buat seketika. Lama-lama nanti, segala hujah-hujah yang penuh isi, bukti-bukti yang sahih, segala dokumen-dokumen yang diunjukkan akan dilupakan orang juga. Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya. Maknanya, mewujudkan kebatilan dan menegakkan kebenaran sama-sama payah. Terkekehlah dia yang dipercayai kerana pembohongannya. Terkila

~ SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KHAS UNTUK AYAH KEPADA ANAK-ANAKKU ~

Image
eheemmmm... he..he.. kaca k x Suami Ibuani... Assalamualaikum... entry ni khas untuk Huby Chuby, Ibuani... MOHAMAD AMIRUL RASHID BIN MOHAMAD ANUA L ... Today 19 OGOS 2011 genap lah 33 tahun umur lelaki yg ada anak 3 ini.. Doa Ibu & anak2 'Ayah' dipjgkan umur, dilimpahkan rezeki & diberikan kesihatan yg b aik oleh Allah swt ... Terima lah hadiah dr Ibu & Anak2 yg xseberapa itu ye... Terima kasih kerana menjd suami & ayah yg baik pd anak2 kita... Semoga kita akan terus bersama untuk mencari redha Ilahi dlm mencari kehidupan di dunia ini dan usaha kita untuk menjejaki akhirat... Doa Ibu & Anak2 se ntiasa mengiringimu.... We luv u so much dear.... Moga'Ayah' sentiasa dira hmati Allah swt walau dimana 'Ayah' berada... Happy Birthday.... Sayang....

KEMULIAAN MALAM LAILATUL QADAR

Image
Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T: “Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat)

BESARNYA NILAI DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

Image
Besarnya nilai doa ini yang selama ini kita main2 kan... Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2... tahukah maksudnya?? Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Warhamni (sayangi aku) Wajburnii (Tutuplah aib-aibku) Warfa’nii (Angkatlah darjatku) Warzuqnii (Berilah aku rezeki) Wahdinii (Berilah aku petunjuk) Wa’Aafinii (Sihatkan aku) Wa’fuannii (Maafkan aku) doa yg bermakna bagi yang bertauhid... Ibuani: Allahuakhbar, info sgt bermakna untuk Ibuani yg daif ini... sentiasa cuba untuk membaikkan amalan juga bacaan dlm solat serta maknanya.. moga dipermudahkan oleh Allah swt...