Posts

Showing posts from June, 2010

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Image
Kadang-kadang aku rasa akulah Isteri yang terlalu banyak menerima Sedangkan engkau tak pernah meminta Kadang-kadang aku rasa Akulah isteri yang baru terjaga Sedangkan engkau tak pernah terlena Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir semua perkataan ku menjadi salah Datanglah ke sini dan pegang tangan ku Sementara ku cerita kehidupan isteri Harap dimengerti Kadang-kadang ku sakiti hati mu Bila ku tolak sentuhan mu Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu… Namun cabaran terlalu... Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu Tapi sayang, itu tidak benar Tiada apa yang paling ku hargai Daripada kehidupan manis bersama mu Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun Adalah terlalu singkat Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku Betapa syukurnya aku… Kau pelindung ku Kadang-kadang berjauhan dengan mu Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita… Mencipta kerukunan keluarga Namun aku tetap aku yang ini… Maafkan aku wahai suami! Di petik dr http://genta-rasa.com

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.....

Image
JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.. . JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.. Kalau gagal kecewa pula. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbo