Posts

Showing posts from February, 2012

WALAUPUN KITA TIDAK BAIK.....

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... ...."Walaupun kita tidak berapa baik & pernah buat benda xbaik... tetapi seboleh-bolehnya perbanyakkan berniat untuk menjadi baik dan selalu berniat hendak buat baik. Kemudian azam sungguh-sungguh didalam hati untuk jadi lebih baik dan untuk buat baik. Cuba pula buat perkara baik walaupun rasa janggal atau tidak biasa kerana lama-kelamaan akan menjadi perkara biasa dan rutin harian. Kata orang alah bias tegal biasa. Niat ju ga didalam hati untuk tinggalkan perkara yang tidak baik atau buruk yang menjadi kebiasaan kita. Jangan tinggal sekaligus tetapi berperingkat mengikut kemampuan... sedikit-sedikit akhirnya kita akan dapat tinggalkan terus. ..."Jangan lihat keburukan dan kelemah

ALLAH SWT PASTI AKAN BALAS

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....    ...''Jangan sedih jangan kecewa kalau orang tak menghargai kebaikan yang anda lakukan. Kerana ALLAH pasti akan balas semua kebaikan yang kita lakukan itu, walau kebaikan itu sebesar zarah. Ini janji ALLAH, yakinlah''....      

DOA-DOA RASULLULAH SAW SEBELUM SALAM - BERSAMA KITA AMALKAN

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam   Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu? Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam...   Berikut adalah doa-doa tersebut: 1. ..."Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal"... [Imam Muslim]   2. ..."Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, ak

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... 1.) Dia bekerja dengan Allah..j adi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati   tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang   lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. . 3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya... lahir saja bayi, seluruh   dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi   kenapa perlu takut nak b

SYURGA SUDAH DIJANJIKAN BUAT MU ADIK FARIS NUR DANIEL

Image
Siapa lah kita hendak menduga Adik Faris ini  dipinjamkan oleh Yg ESA kepada Ibu & Abahnya hanya sebentar cuma...  Al-Fatihah buatmu Adik Faris...  Berbahagia kamu di SYurga Allah menanti ibu & Abahmu  untuk kembali bersatu suatu masa nanti...  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Saya masih bersedih dengan berita  kehilangan Adik Faris cerita lanjut disini... Bagi saya yg sudah bergelar Ibu pastinya sgt tersentuh dan sedih dgn kehilangan ini... namun kuasa ALLAH swt melebihi segalanya.. ALLAH swt ada rencananya sendiri yg pastikannya terbaik buat kita... kita sebagai hambanya perlu redha dan tabah dgn ujian yg telah ditakdirkan....   "sesungguhnya ALLAH swt hanya memberi ujian pada hambanya yg mampu menghadap

SUBHANALLAH.... TAFSIR SURAH AL-FATIHAH

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   SURAH AL-FATIHAH  Surah al-Fatihah adalah surah MAKKIYAH mengandungi TUJUH AYAT. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rekaat semasa solat. TIDAK SAH SOLAT tanpa membaca surah ini. Dipanggil sebagai UMM AL-QUR'AN (ibu al-Qur'an) atau UMM AL-KITAB (ibu al-Kitab) Tafsiran:   [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).   [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.   [6] Tunjukilah kami jalan yan

".....SAYA MAAFKAN KAMU SEMUA"....

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   "Sebelum dirimu melelapkan mata, membuai mimpi dan seterusnya menghadapi hari esok, jangan pernah lupa untuk memaafkan insan yang pernah melukakan hatimu walau sedalam manapun ia berparut. Jangan dikotorkan jiwamu dengan dendam dan iri hati. Bersihkanlah sesucinya hatimu, sebagai persediaan untuk menghadapi Ilahi..." InshaALLAH.. Assalammualaikum..

BACALAH SELAWAT INI SEMASA SOLAT DAN DI LUAR WAKTU SOLAT

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....  Bacalah selawat ini semasa solat dan di luar solat kerana dikatakan bahawa ini adalah selawat paling sahih dan paling tinggi fadhilatnya daripada segala selawat. "Hantarkan selawat sebanyak-banyaknya pada hari Jumaat kerana selawat umat ku diserahkan pada ku setiap hari Jumaat" Dari Saidina Umar r.a, Nabi saw bersabda: "Bacalah selawat sebanyak-banyaknya pada malam bercahaya (Jumaat) dan hari bercahaya (Jumaat) kerana selawat mu akan disampaikan kepada ku dan daku akan berdoa serta beristighfar untuk mu" Jom kita SELAWAT! :)

KADANGKALA LEBIH BAIK

Image
      Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   ...."Kadangkala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI kita padaNYA daripada KEGEMBIRAAN yang ‘melarikan’ kita JAUH dariNYA..mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang MENDEKATKAN kita pada Allah..dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang MENGINGATKAN bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG.. saat kita GEMBIRA dan BERDUKA..."

UNTUK YANG BERGELAR ISTERI (Ibu tayang gambar SUAMI) ... :)

Image
 Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... I   My Lovely Suami yang sgt baik hati & Ayah yg penyayang pd anak2  walaupun suaranya garang... :p Untuk Yang Bergelar Isteri... :) 1) “Sekali suami minum air yang disediakan o leh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-a

TIGA TANDA KIAMAT YANG HARUS DIFIKIRKAN

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situa

SIAPAKAH KITA UNTUK MENILAI INSAN LAIN???

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas.. Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah... Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk me