SYURGA SUDAH DIJANJIKAN BUAT MU ADIK FARIS NUR DANIEL


Siapa lah kita hendak menduga Adik Faris ini 
dipinjamkan oleh Yg ESA kepada Ibu & Abahnya hanya sebentar cuma... 
Al-Fatihah buatmu Adik Faris... 
Berbahagia kamu di SYurga Allah menanti ibu & Abahmu 
untuk kembali bersatu suatu masa nanti... 




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



Saya masih bersedih dengan berita  kehilangan Adik Faris cerita lanjut disini... Bagi saya yg sudah bergelar Ibu pastinya sgt tersentuh dan sedih dgn kehilangan ini... namun kuasa ALLAH swt melebihi segalanya.. ALLAH swt ada rencananya sendiri yg pastikannya terbaik buat kita... kita sebagai hambanya perlu redha dan tabah dgn ujian yg telah ditakdirkan....  


"sesungguhnya ALLAH swt hanya memberi ujian pada hambanya yg mampu menghadapinya sahaja"... 



Buat kedua ibu & bapa Adik Faris Nur Daniel, Bersabarlah... Sebaik mana perancangan kita, baik lagi perancangan ALLAH swt. Sebesar mana kasih & sayang kita, besar lagi kasih & sayang ALLAH swt. Betapa kuat kita ingin memiliki, percayalah semuanya milik ALLAH swt. Semuanya pinjamanNya... memang benar, inilah salah satu ujian terbesar untuk kita sebagai ibu & ayah... memang sukar untuk mempercayainya "mengapa kita"? Tetapi percayalah kita diberi ujian olehNya kerana DIA percaya kita mampu mendepani ujian ini. Redha dan bersabarlah dan rasa bertuahlah... kerana Adik Faris sudah tenang di Syurga ALLAH swt... Ahli syurga yang dikasihi ALLAH swt itu telah menjanjikan sesuatu yg manis buat kalian kelak... Allahhuakhbar... ALLAH MAHA BESAR....



..."Kita hanya merancang, ALLAH swt lah yg menentu segala-galanya".....

Comments

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)