WALAUPUN KITA TIDAK BAIK.....


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

...."Walaupun kita tidak berapa baik & pernah buat benda xbaik... tetapi seboleh-bolehnya perbanyakkan berniat untuk menjadi baik dan selalu berniat hendak buat baik. Kemudian azam sungguh-sungguh didalam hati untuk jadi lebih baik dan untuk buat baik. Cuba pula buat perkara baik walaupun rasa janggal atau tidak biasa kerana lama-kelamaan akan menjadi perkara biasa dan rutin harian. Kata orang alah bias tegal biasa. Niat juga didalam hati untuk tinggalkan perkara yang tidak baik atau buruk yang menjadi kebiasaan kita. Jangan tinggal sekaligus tetapi berperingkat mengikut kemampuan... sedikit-sedikit akhirnya kita akan dapat tinggalkan terus. ..."Jangan lihat keburukan dan kelemahan orang lain kerana ini akan buat kita rasa lebih baik dan mungkin kita tidak akan mahu untuk memperbaiki diri kita agar menjadi baik".. Semoga sama-sama kita dapat amalkan"..... InshaAllah..
 

Comments

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)