Posts

Showing posts from December, 2011

SELAMAT DATANG 2012

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.. Selamat Tinggal Kenangan 2011 ... Selamat Datang Tahun 2012 ..  Buat Sahabat2 Ibu, Kuatkan semangat untuk terus berjaya dalam kehidupan ini, di dunia dan juga di akhirat. Pasak azam yang telah di pasang waktu tahun baru HIJRAH tempohari.. Semoga terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.... "Ya Allah.... Kami insan yang kerdil.. Bantulah Kami dalam mengharungi kehidupan yang penuh badai berduri ini. Berilah Kami kekuatan dan tiupkan semangat untuk Kami.... KAU jua yang mengetahui yang terbaik untuk diri Kami... Amin"...  .."Ya Allah..... Sampaikanlah hajat seluruh umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah kesihatan untuk kami semua, selamatkanlah kami dari api nerakaMu..

SEMUA ORANG PANDAI BERKATA-KATA

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..     . ..." Semua orang pandai untuk berkata kata tapi tidak semua orang pandai melakukan apa yang dia perkatakan"... kan.. kan.... BETUL X?  Tapi Insha ALLAH, apa yg Ibu kata... akan Ibu usahakan sedaya mampu untuk dilaksanakan serta dikotakan... dan diberi kekuatan oleh ALLAH swt untuk istiqamah dan ikhlas dlm melakukannya... hanya ALLAH swt shj yg tahu setiap gerak hati hambaNya....  :)

4 SIFAT PENGHUNI SYURGA

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..   Ada empat sifat penghuni surga yang disebutkan dalam surat Qaaf, ayat 31-35, yaitu: (1) awwab (hamba yang kembali pada Allah), (2) hafiizh (selalu memelihara aturan Allah), (3) takut pada Allah, dan (4) datang dengan hati yang muniib (bertaubat). Ibuani: teringin sgt nak jd penghuni dan BIDADARI Syurga, kehidupan yg abadi disamping keluarga kelak... moga Allah swt permudahkan urusan kita didunia mahupun diakhirat dan menerima taubat serta khilaf disepanjang hidup kita didunia.....dan moga ditetapkan hati untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan...Insha Allah..  Aminnnnn..

SABAR ITU INDAH, MOGA IA TETAP MENJADI MILIKKU

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.. " .... SABAR ITU INDAH.. IBU SEDANG DI UJI... DAN IBU SEDAR ALLAH SWT SAYANG PADA IBU.... KERANA ITU UJIAN INI DIBERI... TERIMA KASIH ALLAH ... MOGA SABAR ITU TETAP MILIKKU..... ALHAMDULLILAH. ..  "

MAAFKANLAH MEREKA

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.. Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian.  Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita. Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul. Apa perasaan kita berdepan dengan

TANDA-TANDA ORANG YG BAHAGIA & TIDAK BAHAGIA

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.. Tanda-tanda orang yg tidak bahagia adalah:-   1. Lupa dosa masa lampau padahal Allah mencatatnya 2. Ingat kebaikannya yang telah lalu padahal belum tentu diterima 3. Dalam hal duniawi memandang orang yang setingkat di  atasnya 4. Dan dalam hal ukhrawi memandang orang yang sederajat di bawahnya Sedangkan tanda-tanda orang bahagia adalah:- 1. Ingat kesalahan yang dilakukan 2. Tidak mengagungkan kebaikan yang diamalkan 3. Dalam hal duniawi melihat betapa banyak orang yang di bawahnya 4. Dalam hal ukhrawi melihat betapa amal baktinya belum seberapa Ibuani: moga kita sering mengingati kesilapan lalu agar tidak berulang kembali dan lakukan perubahan kearah kebaikan selalu.... 

BILA HATI TERGURIS DGN SINDIRAN

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..   Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya. Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu. Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Aku men

GADGET TERBAIK IBU ... SYUKUR ALHAMDULLILAH... SUDAH MENJADI MILIK IBU

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.. Syukur alhamdullilah.. impian untuk memiliki gadget ini (PEN AL-QURAN)  tercapai.. dgn rezeki lebih yg Allah swt kurniakan bulan ini Ibu berjaya direalisasikan hajat ini... Ibu sgt teruja kerana byk kelebihan dan kebaikan yg Ibu dpt dari  gadget ini.. dan Ibu rasa dan sarankan setiap rumah orang muslim ada gadget ini... seperti mana '1 rumah 1 komputer.. ' Gadget ini juga perlu untuk kita semua... Di sini Ibu kongsikan pengalaman Ibu buat semua... Anak2 Ibu semakin rajin nak baca Al-Quran setiap lepas solat.. (moga istiqamah)....  walaupun 1 ayat... bacaan Ibu juga semakin lancar... inshaAllah.. kerana gadget ini boleh diulang2 selagi bacaan kita salah dan silap... moga ianya dpt menjdkan anak2 kita celik Al-Quran dgn pant

WAHAI PEMEGANG HATIKU

Image
Bila hatiku.. Kian beku.. Maka lembutkanlah.. Bila hatiku.. Kian malap.. Maka suluhkanlah.. Bila hatiku.. Kian hitam.. Maka putihkanlah.. Bila hatiku.. Kian berdebu.. Maka jernihkanlah.. Bila hatiku.. Kian gelap.. Maka terangkanlah.. Berilah cahaya padaku.. Wahai Pemegang hatiku..  Ya Rabbi... Ya Allah.... 

DOA SEBELUM TIDUR & SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... ..... "Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah s.a.w jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati),  dan apabila bangun tidur membaca: alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku) kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (HR Bukhari)

JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Jangan Tidur Lepas Subuh Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.   Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.   TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian: 1. Bangun subuh lewat 2. Tidur selepas subuh 3. Melewatkan waktu subuh

Suatu Hari Di Zoo Negara

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Senyum dulu ye... he..he... biarlah gambar yg berbicara ye... yg Ibu boleh share disini.. mmg best gi Zoo Negara ni.. walaupun letih, tp puashati coz anak2 happy ...   Wassalam...