Posts

Showing posts from January, 2012

KENANGAN TERINDAH - BF AHMAD AQIF SELAMA 1 TAHUN 2 BULAN... ALHAMDULLILAH

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Today Ahmad Aqif genap 1 tahun 2 bulan....  Alhamdullilah... S elama 1 tahun 2 bulan tanpa campur formula susu sgt2 buat Ibu gembira dgn pencapaian sendiri... Doakan Ibu berjaya teruskan sehingga 2 tahun.:)  Jutaan terima kasih kepada mereka yg byk memberi sokongan pada Ibu yg kurang ilmu ini.... Jasa kalian hanya Allah swt yg layak membalasnya.... TERIMA KASIH GROUP KIM    Kenangan Indah Sebagai Seorng Ibu....  Dpt Merasa Setelah Kelahiran Anak Ke 3, Kerana Khilaf Sendiri Dan Kurang Ilmu Tentang Penyusuan. Alhamdullilah Allah Swt Memberi Peluang Pd Hambanya Yg Naif Ini.  Syukur.... :D   Permulaan yg baik.....  Minggu Ke 2 berpantang..     Hasil se

LULUHNYA HATI MEREKA HANYA ALLAH SHJ YG TAHU... - RENTETAN 2 BAYI TERSEDAK SUSU.. :(

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Luluh hati mereka...  seluluh hati Ibu yg melihatnya..  Allah hanya Engkau yg tahu perasaan mereka yg menghadapinya...  berikan mereka ketabahan untuk menerima ujianMu....     Ibu xsanggup nak type lg... pic ini sudah cukup buat Ibu muhasabah diri sendiri bertapa byknya nikmat yg telah Allah swt beri pd Ibu... Ya Allah.... sesungguhnya hanya Engkau tahu apa yg Engkau rencanakan...    Cerita berkaitan di sini   juga di sini

CELIK EMAS... :)

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Apa khabar semua? Ibu harap anda semua sihat dan ceria, renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif…Ibu hanya share apa yg Ibu tahu..  Ibu nak cerita pasal Emas hari ni.. :) coz dpt info from agent yg Gold Bar yg Ibu beli pd tahun 2008 dah naik RM1000++ dari harga asal... actually, Ibu xaktif pun jual emas ni ... jd agent tuk beli sendiri shj... Alhamdullilah Ibu dah ada simpan seketul Emas Jongkong (Gold Bar) 20 Gram yg Ibu beli pd harga RM2,300.... (hari ini berharga RM3,717)  dan baru berjinak2 beli Dinar pd setiap tahun sekali sejak 2009 (dah ada 3 ketui).. yg harganya mmg jauh dari murah dari sekarang... Alhamdullilah Ibu dicelikkan hati untuk mula menyimpan dlm bentuk

JAUHILAH SIFAT RIAK

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Jauhilah sifat riak. Riak adalah mengerjakan ibadah kerana ingin dipandang mulia oleh manusia supaya memperoleh harta, kehormatan atau sanjungan. Riak termasuk dosa besar. Setiap amal yang dicampuri riak adalah batil dan tertolak. Perbuatan riak adalah mencari kedudukan dan penghormatan di hadapan manusia melalui amal akhirat. Firman Allah swt: " Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka kerjakanlah amal soleh dan dalam beribadah kepadaNya, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu pun". ( Al Kahf: 110) 2. Oleh itu kita kena berhati-hati dalam beribadah sebab riak boleh melebur dan membatalkan pahala ibadah. Melakukan ib

AJAL DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Ajal ditentukan oleh Allah Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Ketika itu malaikat akan tahu ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui   sebelum itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-ramalan ahli-ahli nujum yang memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh diagak, sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian kepakaran, namun ketentuan ajal tetap di tangan Tuhan. Walaupun demikian, biarpun kematian itu tidak boleh diramalkan, namun semua orang

DI MANA ANDA?...

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Ketika orang senyum ramah & bersikap hormat pada Anda, spontan Anda akan membalas dengan senyuman, hormat & merasa bahagia. Ketika orang berbicara keras, bersikap menghina, Anda pun membalas dengan keras, balik menghina dan sakit hati. Anda telah membiarkan orang lain menentukan sikap Anda. Anda menjadi baik kerana orang baik pada Anda. Anda menjadi jahat kerana orang menjahati Anda. Anda jujur kerana anda berada dilingkungan org  jujur. Anda licik kerana berada dilingkungan org yg licik. Anda berjudi kerana orang berjudi. Anda beramal kerana orang beramal kepada Anda. Anda baik bukan karena Anda baik, tapi karena orang-orang baik. Anda kejam bukan karena Anda jahat, tapi karena orang-orang k

USAH BANDING DIRI DGN ORG LAIN

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... ......"Usah membandingkan Anda dengan orang lain, tapi bandingkan diri Anda sekarang dengan diri Anda yang kelmarin".....    Ibuani: moga ada kebaikan dan amalan yg ditinggalkan kelmarin... dan melakukan lebih baik untuk hari ini yg sudah pasti.. dan berdoa dlm mengharap agar adanya hari esok untuk meneruskannya....

IKHLAS

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... ..."Kalau tidak boleh menyenangkan, usahlah menyusahkan. Kalau tidak boleh membahagiakan, usahlah menderitakan. Jika kita benar-benar IKHLAS, biarlah nampak IKHLAS bukan berkata yang kita IKHLAS. Kita boleh berpura-pura sekali sekala tetapi tidak setiap masa. Siapa sebenarnya kita, lambat laun orang akan ketahui juga. Fikir-fikirkanlah".... :D ~Nota Motivasi77 Dr Tengku Asmadi~   Ibuani: Ikhlas itu 'rahsia' Allah.. hanya Dia shj mengetahui Ikhlasnya hati seseorg itu... Kita hanya perlu buat yg terbaik ... dan niatkan agar segala amalan kita ikhlas kerana Allah swt.... hanya Dia layak menilai" ....  

KELEBIHAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

Image
  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” -  (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi) Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut. Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut: "Ha

09/01/2012 - Hari Terakhir Bos Saya, En. Mazfullah bin Maidin di Legal Unit

Image
  My Bos 3 dari kiri...  Bro. Mazfullah bin Maidin Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Hari ni hari terakhir bos Ibu di Legal Unit.... Sedih bila beliau ditransfer ke Unit lain... Walaupun dlm kawasan yg sama di UIA, tp ketiadaan nya mmg terasa coz beliau sgt humble dan bos yg sgt baik hati.... Ibu sedih sebenarnya masa surat transfer itu diterima.... Tp Ibu tahu itu adalah kebaikan tuk beliau sendiri dan Ibu menyokongnya 100%.... Bekerja dgn beliau adalah kenangan yg best untuk diingat2.... Selalu menghargai staff bawahan mcm Ibu...  Biar apapun Ibu sentiasa doakan beliau dan keluarga bertambah gembira serta dirahmati oleh Allah swt... krn beliau dan keluarga sgt baik dgn sesiapa sahaja especially his wife Kak Zila.... :D  Ole

TAHUKAH ANDA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETIKA PERUT KOSONG ???

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut: Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing , muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit , semua penyakit mata, rahim , kanser d

SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING, YANG PENTING SIAPA ANDA SEKARANG!

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   ‎'Seorang hamba yang tidak menjalankan tanggunggjawabnya sebagai seorang hamba, ibarat pen yang berfungsi untuk menulis lalu digunakan untuk mengetuk akhirnya pen tersebut rosak dan akhirnya menjadi 'sampah'.... Begitulah seorang hamba yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba, akhirnya dirinya akan rosak.' -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi- BERUBAHLAH menjadi insan yang BERTAQWA, lebih baik dari SEMALAM! Jangan risau sekiranya diri anda banyak dosa kerana SEMUA orang melakukan dosa kecuali nabi dan rasul!! Tak perlu malu tak perlu segan. SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING!!!, yang penting adalah SIAPA ANDA SEKARANG! InshaAllah..