TABUNG IFTAR RAMADHAN ROHINGYA
          Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....       Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....          Hari  ini berlaku satu kejutan kerana posting yang saya letakkan pada Subuh  pagi tadi berkenaan dengan penindasan dan pembunuhan yang berlaku  terhadap umat Islam di Myammar telah mendapat respon yang luar biasa.  Setakat ini telah menerima lebih 5,000 LIKE, lebih 2,000 COMMENTS dan  lebih 16,000 SHARE hingga menjangkau lebih 100,000+ pembaca FB dalam 1  hari. Amat luarbiasa. Ada beberapa perkara ya ng berlaku:         1) Ada yang mesej saya dan  memaklumkan bahawa gambar itu ialah gambar mangsa taufan di Myammar.  Pelik apabila mangsa taufan diikat tangannya. Tapi tidak mengapalah,  saya sudah edit dan letakkan MAKLUMAN baru sebagai RALAT.      2) Saya gembira sebab rupanya  masih ramai...