PENILAIAN
Wahai diriku...
Andai engkau rasa tiada apa yang cacat pada dirimu,
Engkau sebenarnya belum kenal dirimu
Waspadalah
Dalam engkau rasa begitu
Engkau telah dibiarkan oleh Tuhanmu
Kerana tidak sedar dalam kelemahanmu
Kebaikkan itu bukanlah dari pengakuanmu sendiri
Hanya orang lain yang dapat menilainya
Itupun tanpa engkau sedari
Penilaian Allah lebih teliti
Segalanya dalam rahsia Allah yang tiada siapa ketahui...
Diriku: Ya Allah, apa agaknya penilaianMu terhadap diriku… ..
Comments