JAUHILAH SIFAT RIAK



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



Jauhilah sifat riak.


Riak adalah mengerjakan ibadah kerana ingin dipandang mulia oleh manusia supaya memperoleh harta, kehormatan atau sanjungan. Riak termasuk dosa besar. Setiap amal yang dicampuri riak adalah batil dan tertolak. Perbuatan riak adalah mencari kedudukan dan penghormatan di hadapan manusia melalui amal akhirat.


Firman Allah swt:

" Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka kerjakanlah amal soleh dan dalam beribadah kepadaNya, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu pun".

( Al Kahf: 110)



2. Oleh itu kita kena berhati-hati dalam beribadah sebab riak boleh melebur dan membatalkan pahala ibadah. Melakukan ibadah kerana Allah dan merasa mencukupi dengan keredhaan Allah semata-mata akan dapat mengelakkan sifat riak dan menjadikan ibadah kita menjadi sempurna dan diterima oleh Allah.


3. Beramal dengan sifat riak menyebabkan seorang itu mendapat kemurkaan dan azab Allah, kerana ia menyamar pada manusia dengan berlagak iklas, taat kepada Allah, ahli agama dan seumpamanya. Pada hakikatnya dia tidak sebenarnya demikian. Penyamar seperti ini termasuk perbuatan haram.


4. Menyedari bahayanya perbuatan riak, setiap orang mukimin berakal hendaklah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan riak dan hendaklah ia tidak memlilki niat dan tujuan menjalankan ketaatan dan ibadah selain bertaqarrub kepada Allah dan mencari pahala akhirat.


Ibuani: Semoga kita dapat dijauhkan dari sifat riak.. sifat yg tercela yang lain serta sifat yang boleh merosakkan ibadat dan ketaqwaan kita terhadap Allah swt dan segala kebaikan yg sia2 disisiNya... Rahsiakan amal ibadatmu dan serahkan pada Allah swt untuk menilai... dan jgn diharap pandangan manusia...

Comments

Popular posts from this blog

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)

BERWUDUK SEBELUM TIDUR