BAGAIMANA RASULLULLAH SAW MENDIDIK PUTERI KESAYANGANNYA FATIMAH R.AHA ?




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Bagaimana Rasulullah saw Mendidik Puteri Kesayangannya, Fatimah r.aha ?

Bila Fatimah r.aha minta pembantu rumah..

Rasulullah saw tidak beri pembantu, tetapi Baginda saw menyuruh Fatimah r.aha bersabar dan menyempurnakan kewajipan pd Allah & kerja2 rumahtangganya..dan sebelum tidur bacalah, Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, dan Allahuakbar 33x

Bila Fatimah r.aha minta Rasulullah saw doakan agar Hasan & Husin r.ahuma tidak mati dibunuh..

Rasulullah saw menolak permintaannya dengan baik dan menyatakan bahawa doa Baginda saw disimpan untuk umatnya.

Hasil didikan Baginda saw inilah, lahirnya seorang wanita solehah yang ditabalkan sebagai penghulu wanita di syurga. Beliau adalah seorang wanita yang sangat taat, tidak pernah dilihat & melihat lelaki ajnabi. Dikatakan api neraka turut terpadam sewaktu Fatimah r.aha melintas titian sirat.

Subhanallah! :)

Semoga Allah swt kurniakan kita hidayah utk mencontohi Rasulullah saw dan Fatimah r.aha. Aamin.
 
Ibuani: Allahuakhbar... terasa mcm senang je nak amalkan, tapi mcm xmudah untuk istiqomahkan.. kan?.. moga diberi kemudahan untuk bersama mengamalkan... 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)