Posts

Showing posts from May, 2011

Kasih Rafidah Ke Ujung Nyawa

Image
Sumber: Kosmo ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta. Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya. Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur. Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin...

Wahai Lelaki, Taati Ibumu, Jambatan Terbentang Luas Ke Syurga Jannah

Image
Ibu dan ayah permulaan kehidupan bagi seorang anak. Kasih ibu mampu ke syurga dan kasih ayah pula akan kekal selamanya. Ibu yang mengandungkan insan bergelar anak selama sembilan bulan 10 hari, bertarung nyawa ketika melahirkan dan berpenat lelah mengasuh dan mendidik hingga mampu menjaga insan kamil dan berjaya. Segala pengorbanan yang diberikan tidak pernah mereka menuntut ganjaran melainkan dengan satu harapan dan niat iaitu, anak yang dikandungnya itu mampu mengharumkan nama keluarga, agama, bangsa dan tanah air. Itulah yang diharapkan oleh insan bergelar Ibu dan ayah. Apabila sudah dewasa dan kaki yang kecil dahulu sudah mampu menampung diri sendiri ada yang alpa dan lupa dengan tanggungjawab mereka terhadap insan bergelar ibu. Mungkin saat ini, muka ibu dahulunya 'tegang' dan berseri sudah berkedut seribu. Jika dahulu dialah manusia paling ligat dibendang membanting tulang membantu si ayah di sawah, kini hanya mampu berkerusi roda ataupun sekadar mampu melemparkan panda...

DOA IBU UNTUK ANAK-ANAKKU

Image
Ya Allah... Aku serahkan anak-anakku AHMAD AQIL , AINNUR AQILAH & AHMAD AQIF di bawah perlindungan kalimat Allah yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabulalamin...

SAYA TUKAR DAULAT TUANKU KEPADA ALLAHU AKBAR SUPAYA PELAFAZNYA DAPAT PAHALA - SULTAN KELANTAN

Image
Sultan Yang Prihatin... SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik. Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra. Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan. Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru. Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam. Dan sebelum memulakan wawancara baginda terl...