Tuesday, May 29, 2012

APAKAH YANG DAPAT MENGUBAH NASIB




MAKLUMAT TAMBAHAN

Di dalam Kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa Membaca Selawat kepada Nabi Saw mengandungi 10 Faedah dan Mendatangkan Kemuliaan, iaitu:

1.. Memperolehi Selawat dari Allah.
2.. Memperolehi Syafaat dari Nabi Muhammad.
3.. Mendapat Pimpinan dari Malaikat yang baik-baik.
4.. Menghapuskan Dosa.
5.. Mendapat Pertolongan
6.. Tercapai keperluan hidup.
7.. Mempunyai pembeza dengan orang Munafik dan Kafir.
8.. Memperolehi Nur Zahir dan Batin.
9.. Mendapat keselamatan dari Azab Neraka, membolehkan memasuki Syurga.
10.. Memperolehi Ucap Selamat dari Allah Swt

Menurut Para Ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadith, membaca Selawat kepada Nabi Muhammad Saw akan memperolehi 30 Faedah yang amat besar.
Di antaranya ialah memperolehi limpah Rahmat dari Allah, ditulis Sepuluh Kebajikan, dihapuskan Sepuluh Kesalahan, diangkat Sepuluh Darjat, memperolehi Kesempurnaan Iman, memperolehi Syafaat Nabi Muhammad Saw dan termasuk yang lain-lain lagi.....

Moga bersama mendapat manfaat... :D 




Wednesday, May 23, 2012

CERITA TUDUNG LABUH SAYA







Tudung. Tudung. Tudung.....
Bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.
Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun SAYANG kebanyakannya tidak mengikut syariat.
Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!
Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"
Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang.
Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.
Allah masing sayang saya, terlalu sayang.
Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.
Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.
Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.
Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.
Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.
Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!

credits to : iluvislam

Yg Saya Rancang, Yg Allah SWT Dah Tulis Siap-Siap :)



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
yg saya rancang...
- belajar sampai keperingkat tertinggi
- kawin dgn org biasa2 shj xkisah janji dpt jaga saya dgn baik
- kerja swasta bergaji tinggi xada benefit keluarga pun xapa
- beli umah apartment di KL .... tp xsiap2 sampai sekarang
- dpt seorg anak pun jadilah.. dan nak bersalin normal


yg Allah swt dah tulis siap-siap....
- hanya takat SPM dan terus dpt keja & dpt bantu keluarga yg susah masa tu (adik2 ada 4 masih kecik)
- kawin dgn seorg lelaki yg sgt baik keturunannya dan baik juga dr segi kewangannya... alhamdullilah
- kerja kerajaan (di UIA) dan bergaji sederhana tp ada benefit untuk keluarga & ibu ayah sekali ditanggung
- rumah diatas tanah, di Rawang
- dah ada 3 anak pun.. dan kesemuanya bersalin secara c-zer due anak besar hampir 4kg (anak sulung)... subhanallah...

jd sebenarnya Allah swt adalah perancang terbaik buat kita.. xcaya? contoh saya sebahagian shj... anda pula bagaimana? tepuk dada tanyalah hati dan fikirkan pengalaman yg anda lalui sendiri... :)

Ibuani: ini adalah sebahagian sejarah perjalanan hidup saya selama ini serta utk renungan/ingatan buat saya.... kerana hebat mana perancangan saya, ketentuan & perancangan Allah swt untuk saya adalah yg PALING TERBAIK... dan moga kebahagian ini akan terus berpanjangan hingga di 'KEHIDUPAN' kita semua yg kekal abadi di AKHIRAT... Aamiin...

...."jadi nikmat Allah swt yg mana satu cuba kamu nafikan".... 


Monday, May 21, 2012

KETIKA HATI SEORANG MUSLIMAH TERLUKA


 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA..
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu.... :)



Thursday, May 17, 2012

CER TRY BERLAKON JADI BAIK 40 HARI :)

 
   Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Malasnya .... mengaji....... jom paksa diri
Malasnya ...... solat sunat..... jom paksa diri...
Bila kita belakon 40 hari jadi baik... kita paksa diri buat baik... akhirnya paksaan itu akan jadi tabiat.... lama-lama kita rela & wujud ikhlas dalam beramal.. InshaAllah...
 Moga apa jua amalan anda & ibu akan diterima oleh Allah swt... Aamiin...
 

Monday, May 14, 2012

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillahhiminzalik... moga dijauhkan dari kehidupan seharian kita....

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda & saya salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah... dan ubahlah amalan kita yg selama ini kearah yg lebih baik agar hidup kita termasuk didlm rahmat Allah swt serta diberkati di Dunia & Akhirat... Aamiin..

Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI MENGHARGAI MAK


  
 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Selamat Hari Menghargai Ibu buat semua sahabat..... namun, erti sebenar hari IBU itu adalah setiap detik, saat, masa, waktu.... dan Doa tanpa putus sentiasa ada untuk mereka... HARGAILAH IBU ANDA dan CINTALAH ALLAH SWT & RASUL MENGATASI SEGALANYA.... 
~ Salam Ukhwah ~
KHAS BUAT MAK, 
~ NURMATDIAH BT ESSOT & ASMUNGAH BT HAJI ALIAS ~
 Ya Allah
Rendahkanlah suara kami bagi mereka
Perindahlah ucapan kami di depan mereka
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka dan
Lembutkan hati kami untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka pada kami dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan pada kami, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memelihara kami.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana kami
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan kami
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelum kami
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untuk kami
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah kami memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
 

Wednesday, May 2, 2012

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


"Orang yang mandul, tidak semestinya orang yang tidak punyai anak. Orang yang mandul juga bermaksud, orang yang punyai anak yang banyak, namun tiada seorangpun yang dapat membantu ibu ayahnya tika di hadapan Allah kelak." Prof Muhaya. Bidadari Dunia.

LUAHAN TANPA SUARA... UNTUK SAHABAT.. DAN INGATAN KUAT UTK DIRIKU...




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Terima kasih sahabat...

ku titip Bicara Tanpa Suara utk ingatan dihati...


ku pohon keMAAFan utk mendapat RAHMAT ILAHI...


Ku ukir sebuah senyuman utk menaikkan seri wajah....

ku tidak meraih simpati pd sesiapa.... tetapi,

salahkah diri mohon keMAAFan dr sahabat???

KEMAAFAN adalah " DENDAM yg TERINDAH "

terima kasih sahabat... Mari kita renungkan...

Hati rapuh, bila ingatan pada ALLAH menjauh..

ALLAH lebih tahu ujian makhluk ciptaan NYA...

Menuntut ilmu penuh kesukaran..

Dugaan dakwah yang menggugat kesabaran..

Tekanan di tempat kerja tak tahu bila kan berakhir...

Sengketa keluarga dan adik beradik yang masih samar jalan keluar.

Mungkin teruji rumahtangga semakin mencabar....

Ujian kewangan yang makin mencengkam ....

Membesarkan anak-anak bermacam ragam.....

Banyaknya kan ujian yang kita tempuh saban hari, silih berganti ujian kesenangan dan kesusahan..

Apapun terjadi, ayuh membawa hati kepada Tuhan.. :)

Hanya pada ALLAH lah kekuatan dan ketenangan.

"...dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenang....."


 


ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016