Tuesday, July 27, 2010

~ PERINGATAN UNTUK KAUM WANITA ~

Assalamu'alaikum …..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita.
Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya kaum Wanita supaya:

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi
di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"


Monday, July 19, 2010

TUA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH

Pasti semua orang bercita-cita untuk menjadi seorang tua yang dihormati, dicintai dan disenangi apabila tua nanti. Apakah rahsianya? Seseorang yang dari mudanya berbuat taat, rajin ibadah dan baik akhlak, tentu masa tuanya begitu juga atau boleh jadi lebih baik daripada itu. Allah sendiri mengakui orang itu sebagai hamba-NYA yang baik lalu Allah tambahkan rahmat-Nya peringkat demi peringkat. Ini berlaku jika dari dari kecil hingga menjelang 40an didalam kebaikkan. Ataupun menjelang 40an dia baru mendapat kesedaran dan berusaha menuju kebaikkan. Orang ini Allah pilih untuk mendapat perlindungan-Nya di dunia lagi. Lihat janji Allah dalam Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Apabila hamba-Ku telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan menjauhkan dia daripada tiga perkara; gila, kusta dan sopak. dan apabila dia mencapai 50 tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia 60 tahun, Aku akan dorongnya suka bertaubat. Dan apabila mencapai usia 70 tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para Malaikat. Dan apabila dia mencapai usia 80 tahun, Aku mencatatkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apbila dia mencapai usia 90 tahun, akan berkatalah para malaikat;"orang ini sebagai tawanan Allah dibumi-Nya, maka diampunkanlah segala dosanya terdahulu dan terkemudian, dibenarkan mensyafaatkannya. Dan apabila dia mencapai usia tua ganyut, Allah mencatatkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan pada waktu sihat dulu, kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatatkan atasnya lagi." - Riwayat At Tirmizi.

Janji Allah ini tertuju kepada orang yang sudah menjadi 'hamba-Ku' (hamba Allah). Iaitu orang mukmin yang penuh ketaqwaan terhadap Allah yang mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh itu kita mesti berusaha untuk menjadi hamba Allah, dengan berusaha menjadi mukmin yang bertaqwa dari sekarang. Antara jalan-jalan untuk memperbaiki diri ialah;

1 Dengan adanya petunjuk daripada Allah. Seperti sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa diberi petunjuk, Allah masukkan rasa sayang dan suka memperbaiki diri."

2 Mesti faham Islam - Fardhu ain, Tauhid dan lain-lain.

3 Yakin dengan ilmu. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa Allah hendak jadikan baik agama seseorang, diberi-Nya faham tentang agama."

4 Melaksanakan atau berbuat - mengamalkan Islam secara keseluruhan.

5 Istigamah (berterusan) beramal.

6 Mesti Bermujahadah bersungguh-sungguh.

7 Mesti ada pemimpin yang mampu memimpin - Guru Mursyid.

8 Mohon taufik (pimpinan) daripada Allah.

Itulah antara panduan untuk mengatur hidup kita agar hari tua kita dalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa...

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” Amin

ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016