Wednesday, September 26, 2012

DOA UNTUK 'SOLEH' - MOGA ADA SINAR UNTUKNYA :'(










Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... 

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
 Time lunch di opis saya luangkan jengok2 blog saya yg dah lama x diupdate... almaklum byknya urusan duniawi yg xpernah habis setiap hari.... sgt malu dgn diri sendiri krn tidak pandai membahagikan masa... :(
dan hasilnya melalui Blog Adik Ayu hati saya tersentuh dgn kisah Adik Soleh ini, hanya doa dapat dari saya kirimkan dari jauh & inshaAllah sedikit sumbangan ikhlas dgn izinNya... Saya mohon pd semua yg membaca blog saya sudi menghulurkan sumbangan dan doa untuk Adik Soleh ini... InshaAllah moga kita semua sentiasa dirahmat Allah swt... & apa jua amalan yg baik diberi ganjaran yg baik2 juga olehNya... jika tidak di Dunia mudah2an di Akhirat kelak... 

* Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , 
Norazima binti Mohamud Razali. 

Thursday, September 6, 2012

HIDAYAH PERLU DICARI BUKAN DITUNGGU






Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
 
Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya sama" .Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!

ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016