Tuesday, November 29, 2011

ALHAMDULILLAH…SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT-MU YA ALLAH




Alhamdulillah…saya dilahirkan sebagai seorang Islam…

Alhamdulillah…saya dijadikan sebahagian dari umat Muhammad..kekasih Allah..

Alhamdulillah…saya dihidupkan sebagai mukminah…

Alhamdulillah…saya hidup sederhana…cukup segala-galanya…

Alhamdulillah…saya diberi akal fikiran untuk mengenal dosa dan pahala..dan untuk mencari ilmu..

Alhamdulillah…saya masih punyai ayah,ibu dan adik bradik..malah saudara-mara dan sahabat-sahabat..... rakan sekerja... serta jiran dan masyarakat yang baik denganku..

Alhamdulillah…saya masih dipinjamkan nafas dan kesihatan yang baik untuk beramal ibadah..

Alhamdulillah…saya masih diberi nikmat,tak terkira nikmatnya..

Alhamdulillah…saya…masih saya…dan saya berharap dan berdoa..semoga Allah tetapkan saya di jalan-Nya.... jauhi saya dari menjadi hamba-NYA yang tamak dan tidak menghargai nikmat-NYA..

Alhamdulillah…untuk segala-galanya Kekasihku Allahu Rabbi.. Alhamdulillah..

Saya ucapkan alhamdulillah…anda? Berapa banyak yang anda perlukan lagi? Masih tidak cukup kah segala nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini? Latih diri anda dengan sifat qanaah..insyaAllah..anda tiada lagi rasa kekurangan malah merasa sentiasa cukup dan bersyukur dengan nikmat Allah ini..

Tak tertulis saya akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada saya..terlampau banyak..malah jika diambil dakwat sebanyak lautan sekali pun..takkan tertulis akan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada kita..terlampau banyak..masih tidakkah kita merasa cukup?masih tidakkah kita merasa bersyukur? Latih diri dengan mengucapkan..ALHAMDULILLAH..dengan seikhlas hati..insyaAllah..jiwa kita tenang dan sifat qanaah menyusup masuk ke dalam hati dan jiwa anda..

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakhbar... Salam Muhasabah......... Moga Memberi Manfaat.......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Sahabatku, Maizatul Aswad



26hb Nov, 2011 Ibu gi jemputan sahabat baik yg baru sampai jodohnya...... Alhamdullilah, majlis nampak sgt lancar dan cuaca baik....... Oleh sebab Huby Ibu xada, jd Ibu terpaksa minta ihsan adik Ibu yg baik hati tolong hantarkan....... Puashati coz dpt jumpa sahabat 1 skol dulu... Mmg happening dan yg pasti sudah byk berubah........ Syukran.....

Untuk sahabatku Maizatul Aswad.... Ibu doakan semoga kalian berdua sentiasa berbahagia hingga keujung nyawa dan sabar serta tabah dgn apa jua ujian dialam berumah tangga..... Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kalian.... Aminnnn....(Xsaboo nak tgk anak Mai pulak....)


Ibuani - 26hb Nov, 2011 Sabtu

Sunday, November 27, 2011

BERFIKIRAN POSITIF & BERPRASANGKA BAIK



~ Ada yang menyakiti hatimu ?

~ Ada yang mengecewakanmu ?

~ Ada yang membuatmu menangis ?

~ Ada yang berbohong padamu ?

~ Ada yang berjanji padamu tapi tidak ditepati ?


..... TERSENYUMLAH SENTIASA .... :)


~ Mungkin dia tidak sedar jika telah membuatmu sakit hati

~ Mungkin dia tidak tahu telah mengecewakanmu

~ Mungkin dia belum dapat memahami tentang isi hati seseorang

~ Mungkin dia belum belajar tentang semua itu

~ Mungkin dia belum mengerti bagaimana rasanya sakit, kecewa dan dibohongi serta diingkari....

.... Tetaplah BERPIKIR POSITIF dan BERPRASANGKA BAIK ......

Ibuani: rasa sihat jiwa bila berpikiran positif dan bersangka baik.......... ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 25, 2011

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN 1433H



Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.


Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.


Sejarah Hari Maal Hijrah


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


DOA AKHIR TAHUN 1432 HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:


"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



Maksudnya:


Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...


DOA AWAL TAHUN 1433 HIJRAH


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016