KOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK CARA RASULLULLAH S.A.W.
Suatu hari, saya sedang sujud. Tiba-tiba, terasa ada sesuatu menggelunsur di atas belakang. Rupa-rupanya, Aqil yang berusia 4 tahun menjadikan belakang saya sebagai ‘papan gelunsur’ mainannya.
Marahkah saya kerana anak mengganggu solat? Tidak, tidak sesekali saya marah kerana Rasulullah s.a.w pun tidak marah ketika cucunya memanjat belakangnya semasa Baginda s.a.w sedang solat.
Suami pula boleh bergurau senda dengan anak-anak, membacakan buku untuk mereka,berbelanja makanan dan mainan kegemaran anak-anak. Kadang-kadang, saya pula yang menjadi ‘guard’ meletakkan kembali makanan dan mainan yang diambil anak-anak di supermarket. Makanan dan mainan yang tidak sesuai atau mainan sedia ada masih baru dibeli.
Dalam usaha kami menjadi ibubapa terbaik, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Ia bukan mudah. Apatah lagi ilmu ‘parenting skill’ itu dipelajari sambil melayan anak-anak yang sudah wujud ketika itu.
Menurut pengalaman saya, sewajarnya ilmu keibu-bapaan dan ilmu psikologi anak-anak ini dipelajari sebelum menempuh alam rumahtangga. Zaman sekarang, ilmu dihujung jari sahaja. Ia menjadi lebih mudah. Google sahaja, insya Allah, akan berduyun-duyun keluar pelbagai entry dan artikel berkaitan. Persediaan mental ini penting agar anak-anak kelak lebih selamat dari menjadi mangsa ‘kejahilan’ ibubapanya. Jika berpeluang mempraktikkannya kepada adik-adik dan anak-anak saudara, ia lebih baik.
Tidak bercadang berceloteh panjang di sini, saya lampirkan satu video menarik mengenai cara Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Video dirasakan lebih berkesan kerana contohnya dihidupkan di depan mata. Antara mendengar sahaja dengan mendengar sambil melihat, mendengar sambil melihat lebih mudah difahami dan ditanggapi. Justeru itulah Rasulullah s.a.w pada zamannya menjadi role model terbaik ummat dalam memahami Islam secara menyeluruh.
Bagi mendapat hasil terbaik pula, kekuatan diri mengawal cara berfikir dan membendung emosi adalah penting. Akhirnya pugari usaha dengan senjata doa. Sesungguhnya kita hanya berusaha membentuk acuan pada lahirnya, Allahlah yang membentuk pada batinnya.
Sama-sama kita beristighfar atas dosa-dosa kita terhadap anak-anak disamping usaha menambah baik ‘parenting skill’.
Astaghfirullah… Astaghfirullah… Astaghfirullah.
Jom layan video 6.50 minit ini. Sekejap sahaja demi emosi dan jiwa yang positif anak-anak yang berpanjangan sehingga mereka dewasa...
*BERPESAN2LAH SESAMA KITA WALAUPUN SATU AYAT...
Comments