Wednesday, January 25, 2012

KENANGAN TERINDAH - BF AHMAD AQIF SELAMA 1 TAHUN 2 BULAN... ALHAMDULLILAH


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Today Ahmad Aqif genap 1 tahun 2 bulan.... 
Alhamdullilah... Selama 1 tahun 2 bulan tanpa campur formula susu sgt2 buat Ibu gembira dgn pencapaian sendiri... Doakan Ibu berjaya teruskan sehingga 2 tahun.:) 
Jutaan terima kasih kepada mereka yg byk memberi sokongan pada Ibu yg kurang ilmu ini.... Jasa kalian hanya Allah swt yg layak membalasnya....
TERIMA KASIH GROUP KIM
 

 Kenangan Indah Sebagai Seorng Ibu.... 
Dpt Merasa Setelah Kelahiran Anak Ke 3, Kerana Khilaf Sendiri Dan Kurang Ilmu Tentang Penyusuan.
Alhamdullilah Allah Swt Memberi Peluang Pd Hambanya Yg Naif Ini. 
Syukur.... :D





Permulaan yg baik..... 
Minggu Ke 2 berpantang..

 

  Hasil sebulan berpantang.... 
usaha yg mendapat habuan yg sgt setimpal...
sebahagian sudah dipindahkan ke rumah bonda.. 


  Hasil 5 hari bekerja di opis....


 Ini dia gadget yg Ibu sayang.... 
yg banyak memberi bakti pd Ibu yg ingin berjuang menyusukan sepenuhnya untuk baby ke 3 Ibu.... 
Jasa 'mu' Ibu akan kenang... now duk dlm kotak baik2 ya... 
InshaAllah 2-3 tahun lg if diizinkan Allah... Ibu akan keluarkan 'awak' balik untuk berbakti lg buat Ibu... ;)

 
Kenangan terindah yg Ibu xakan lupakan.... dan Ibu akan gunakan segala apa yg Ibu sudah usahakan semasa Ibu gigih & istiqamah menjayakan penyusuan sepenuhnya pd anak Ibu Ahmad Aqif..... Ibu akan lakukan juga pada setiap amalan Ibu seharian... kerana Ibu percaya dengan istiqamah sahaja sesorg itu akan berjaya melakukan apa yg di ucapkan..... dan Ibu sudah buktikan.. dan anda semua juga boleh... :) 
Terima kasih kepada yg mendoakan.... 
Hanya Allah swt yg berhak membalas budi kalian semua.... 

Berjuang Kerana ALLAH. InshaALLAH.


Friday, January 20, 2012

LULUHNYA HATI MEREKA HANYA ALLAH SHJ YG TAHU... - RENTETAN 2 BAYI TERSEDAK SUSU.. :(


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Luluh hati mereka... 
seluluh hati Ibu yg melihatnya.. 
Allah hanya Engkau yg tahu perasaan mereka yg menghadapinya... 
berikan mereka ketabahan untuk menerima ujianMu....
 
 
Ibu xsanggup nak type lg... pic ini sudah cukup buat Ibu muhasabah diri sendiri bertapa byknya nikmat yg telah Allah swt beri pd Ibu... Ya Allah.... sesungguhnya hanya Engkau tahu apa yg Engkau rencanakan...   

Cerita berkaitan di sini 
juga di sini

Thursday, January 19, 2012

CELIK EMAS... :)


 Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Apa khabar semua? Ibu harap anda semua sihat dan ceria, renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif…Ibu hanya share apa yg Ibu tahu..  Ibu nak cerita pasal Emas hari ni.. :) coz dpt info from agent yg Gold Bar yg Ibu beli pd tahun 2008 dah naik RM1000++ dari harga asal... actually, Ibu xaktif pun jual emas ni ... jd agent tuk beli sendiri shj... Alhamdullilah Ibu dah ada simpan seketul Emas Jongkong (Gold Bar) 20 Gram yg Ibu beli pd harga RM2,300.... (hari ini berharga RM3,717)  dan baru berjinak2 beli Dinar pd setiap tahun sekali sejak 2009 (dah ada 3 ketui).. yg harganya mmg jauh dari murah dari sekarang... Alhamdullilah Ibu dicelikkan hati untuk mula menyimpan dlm bentuk simpanan dan bukan bentuk tayangan umum .... (brg kemas kat badan)... ;) 
 


Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli EMAS adalah pelaburan terbaik daripada anda menyimpan wang kertas kerana nilainya semakin hari semakin rendah & jatuh... sedangkan tidak kepada EMAS yg harganya semakin hari semakin melambung2... mungkin segelintir masyarakat tidak menyedarinya.... Tapi bagi mereka yg tahu akan kenyataan ini bertindaklah sekarang... Sebelum wang kertas kita menjadi lebih rendah dan waktu itu EMAS pun xmampu kita beli, kerana nilainya dan harga yg terlalu tinggi... Wallahu'alam.
 


Insha Allah Ibu berniat jika cukup nilainya Ibu akan jadikan hasil simpanan emas ini untuk Ibu bawa keluarga Ibu pergi menunaikan Haji... Aminnn... Moga Allah swt permudahkan niat Ibu dan dipjgkan umur untuk menjaga dan memberi yg terbaik buat keluarga Ibu....

Niat ditanam dalam hati.. nak pegi bersama Huby & keluarga sebelum umur Ibu 50 tahun dan Suami waktu tu umur 52 tahun.. owh tuanya rasa masa tu.... masa tu badan masih kuat... mungkin... :) Ibu hanya merancang dan akan pasrah dan redha pada ketentuan yang sudah ditetapkan olehNya... :) Ya Allah perkenankan lah & moga ada peluang kami untuk menjejaki tempat indahMu itu.....


 

.... Abu Bakar Ibni Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasullulah S.A.W bersabda: ...."Akan tiba satu zaman di mana tiada yg tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR & DIRHAM".... 
(Riwayat Iman Ahmad bin Hambal)


JOM SIMPAN DIRHAM & EMAS KAWAN2... :D 

Wednesday, January 18, 2012

JAUHILAH SIFAT RIAK



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



Jauhilah sifat riak.


Riak adalah mengerjakan ibadah kerana ingin dipandang mulia oleh manusia supaya memperoleh harta, kehormatan atau sanjungan. Riak termasuk dosa besar. Setiap amal yang dicampuri riak adalah batil dan tertolak. Perbuatan riak adalah mencari kedudukan dan penghormatan di hadapan manusia melalui amal akhirat.


Firman Allah swt:

" Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka kerjakanlah amal soleh dan dalam beribadah kepadaNya, janganlah mempersekutukanNya dengan sesuatu pun".

( Al Kahf: 110)



2. Oleh itu kita kena berhati-hati dalam beribadah sebab riak boleh melebur dan membatalkan pahala ibadah. Melakukan ibadah kerana Allah dan merasa mencukupi dengan keredhaan Allah semata-mata akan dapat mengelakkan sifat riak dan menjadikan ibadah kita menjadi sempurna dan diterima oleh Allah.


3. Beramal dengan sifat riak menyebabkan seorang itu mendapat kemurkaan dan azab Allah, kerana ia menyamar pada manusia dengan berlagak iklas, taat kepada Allah, ahli agama dan seumpamanya. Pada hakikatnya dia tidak sebenarnya demikian. Penyamar seperti ini termasuk perbuatan haram.


4. Menyedari bahayanya perbuatan riak, setiap orang mukimin berakal hendaklah menjauhkan diri dari melakukan perbuatan riak dan hendaklah ia tidak memlilki niat dan tujuan menjalankan ketaatan dan ibadah selain bertaqarrub kepada Allah dan mencari pahala akhirat.


Ibuani: Semoga kita dapat dijauhkan dari sifat riak.. sifat yg tercela yang lain serta sifat yang boleh merosakkan ibadat dan ketaqwaan kita terhadap Allah swt dan segala kebaikan yg sia2 disisiNya... Rahsiakan amal ibadatmu dan serahkan pada Allah swt untuk menilai... dan jgn diharap pandangan manusia...

Monday, January 16, 2012

AJAL DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Ajal ditentukan oleh Allah
Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Ketika itu malaikat akan tahu ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui  sebelum itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-ramalan ahli-ahli nujum yang memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh diagak, sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian kepakaran, namun ketentuan ajal tetap di tangan Tuhan.

Walaupun demikian, biarpun kematian itu tidak boleh diramalkan, namun semua orang faham semakin lanjut umur seseorang, bererti semakin pendeklah kadar  hayat kerana setiap orang itu mempunyai ketetapan umur. Biar dalam keadaan apa sekalipun, pesakit perlu diberi harapan. Sebuah hadis daripada Abu Said alKhudri  r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Apabila kamu semua mengunjungi pesakit, hiburkanlah dia dengan lanjut umur. Memang hiburan itu tidak menolak ketentuan Allah sedikit pun, dan sebaliknya menyenangkan hatinya - Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.


Rasulullah s.a.w. juga meminta agar dibacakan Yasin di sisi orang yang hampir mati:
Bacalah Surah Yasin di sisi orang yang menghadapi mati di kalangan kamu - Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.


Surah Yasin dibaca tidak semestinya kerana ajal seseorang itu telah hampir, tetapi ia dibaca agar orang yang berada dalam keadaan tenat itu disembuhkan Allah  s.w.t. andainya nyawanya masih panjang, ataupun diambil nyawanya dalam keadaan tenang sekiranya ajalnya telah hampir, kerana Surah Yasin itu dibaca menurut niat pembacanya.
 
 
 
Ibuani: Al-Fatihah buat sahabat Suami Ibu, sahabat sekampung... sahabat sepermainan bola...  yg dijemput Allah swt malam tadi 15 Jan, 2012.. diusia 27 tahun dan meninggalkan seorg  isteri yg masih muda... serta 2 org anak2 yg masih kecil.... Ibu doakan rahmat Allah swt akan sentiasa mengiringi 'arwah'... dan moga diampunkan segala dosa2nya didunia ini dan ditempatkan ditempat2 dikalangan mereka2 yg beriman...... Ibu harap isterinya akan tabah dan percaya setiap ujian Allah swt itu hanya untuk hamba2 yg disayangiNya... Al-Fatihah...


Saturday, January 14, 2012

DI MANA ANDA?...



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Ketika orang senyum ramah & bersikap hormat pada Anda, spontan Anda akan membalas dengan senyuman, hormat & merasa bahagia.

Ketika orang berbicara keras, bersikap menghina, Anda pun membalas dengan keras, balik menghina dan sakit hati.

Anda telah membiarkan orang lain menentukan sikap Anda.Anda menjadi baik kerana orang baik pada Anda.
Anda menjadi jahat kerana orang menjahati Anda.
Anda jujur kerana anda berada dilingkungan org  jujur.
Anda licik kerana berada dilingkungan org yg licik.
Anda berjudi kerana orang berjudi.
Anda beramal kerana orang beramal kepada Anda.
Anda baik bukan karena Anda baik, tapi karena orang-orang baik.
Anda kejam bukan karena Anda jahat, tapi karena orang-orang kejam lalu Anda menjadi kejam.

Dimana diri Anda? Dimana kesedaran & keperibadian Anda?
Anda tidak mempunyai keperibadian, orang-orang yg menentukan keperibadian Anda.

Anda tidak punya sikap, lingkungan yg memberi Anda sikap.
Anda tidak menjadi tuan bagi diri Anda, orang-orang & lingkungan yg menjadi tuan atas diri Anda.

Inilah bezanya kita dengan orang bijak. Orang bijak melakukan kebaikan bukan kerana dunia baik padanya.

Orang bijak melakukan kebaikan walaupun dunia menjahatinya...
 
Ibuani: balaslah kejahatan dgn kebaikan.. pasti jiwa akan tenang dan anda tidak perlu berada dlm keadaan org lain jika mmg sikap anda begitu...   Wallahu'alam...

USAH BANDING DIRI DGN ORG LAIN


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


......"Usah membandingkan Anda dengan orang lain, tapi bandingkan diri Anda sekarang dengan diri Anda yang kelmarin"..... 
 
Ibuani: moga ada kebaikan dan amalan yg ditinggalkan kelmarin... dan melakukan lebih baik untuk hari ini yg sudah pasti.. dan berdoa dlm mengharap agar adanya hari esok untuk meneruskannya....

Thursday, January 12, 2012

IKHLAS


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



..."Kalau tidak boleh menyenangkan, usahlah menyusahkan. Kalau tidak boleh membahagiakan, usahlah menderitakan. Jika kita benar-benar IKHLAS, biarlah nampak IKHLAS bukan berkata yang kita IKHLAS. Kita boleh berpura-pura sekali sekala tetapi tidak setiap masa. Siapa sebenarnya kita, lambat laun orang akan ketahui juga. Fikir-fikirkanlah".... :D
~Nota Motivasi77 Dr Tengku Asmadi~
 
Ibuani: Ikhlas itu 'rahsia' Allah.. hanya Dia shj mengetahui Ikhlasnya hati seseorg itu... Kita hanya perlu buat yg terbaik ... dan niatkan agar segala amalan kita ikhlas kerana Allah swt.... hanya Dia layak menilai" ....
 

Wednesday, January 11, 2012

KELEBIHAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS






 
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

"Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.





Tuesday, January 10, 2012

09/01/2012 - Hari Terakhir Bos Saya, En. Mazfullah bin Maidin di Legal Unit


  My Bos 3 dari kiri... 
Bro. Mazfullah bin Maidin




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

Hari ni hari terakhir bos Ibu di Legal Unit.... Sedih bila beliau ditransfer ke Unit lain... Walaupun dlm kawasan yg sama di UIA, tp ketiadaan nya mmg terasa coz beliau sgt humble dan bos yg sgt baik hati.... Ibu sedih sebenarnya masa surat transfer itu diterima.... Tp Ibu tahu itu adalah kebaikan tuk beliau sendiri dan Ibu menyokongnya 100%.... Bekerja dgn beliau adalah kenangan yg best untuk diingat2.... Selalu menghargai staff bawahan mcm Ibu... 

Biar apapun Ibu sentiasa doakan beliau dan keluarga bertambah gembira serta dirahmati oleh Allah swt... krn beliau dan keluarga sgt baik dgn sesiapa sahaja especially his wife Kak Zila.... :D 

Oleh sebab kat dlm UIA je... Jadi xterasa nak touching la sgt... Hi..hi...coz selalu terserempak kat Educare IIUM hantar anak masing2 kan... 

Moga apa yg beliau mahu akan tercapai dan sentiasa didlm rahmat Allah swt.... Aminnnn


TERIMA KASIH BOS.... JASAMU KUKENANG


.... "sesungguhnya apa yg direncanakan oleh Allah swt pd hambaNya adalah yg terbaik.. dan kita patut menyukurinya.."....

Monday, January 9, 2012

TAHUKAH ANDA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETIKA PERUT KOSONG ???


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:


Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.


KAEDAH2NYA :

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
 
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
 
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
 
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
 
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
 
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

 
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
 

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.
Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

 
Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

 
NASIHAT dari Ibu, jika semua orang yang berpeluang membaca Nota Ilmu yg Ibu copy dari BLOG PEMANIS KATA ini, kemudian copy & paste ke dlm blog masing2 atau "share" kepada semua orang yang anda tahu, Ibu yakin dan percaya, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa di dalam keluarga anda. InshaAllah... 


Ibuani: sudah amalkan sejak lahir anak kedua (tahun 2008)... cuma segelas sahaja.. InshaAllah akan terus istiqamahkan untuk mulakan dengan 4 gelas selepas bangun tidur..... 

Friday, January 6, 2012

SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING, YANG PENTING SIAPA ANDA SEKARANG!





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

 
‎'Seorang hamba yang tidak menjalankan tanggunggjawabnya sebagai seorang hamba, ibarat pen yang berfungsi untuk menulis lalu digunakan untuk mengetuk akhirnya pen tersebut rosak dan akhirnya menjadi 'sampah'....


Begitulah seorang hamba yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba, akhirnya dirinya akan rosak.' -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-


BERUBAHLAH menjadi insan yang BERTAQWA, lebih baik dari SEMALAM! Jangan risau sekiranya diri anda banyak dosa kerana SEMUA orang melakukan dosa kecuali nabi dan rasul!!


Tak perlu malu tak perlu segan. SIAPA ANDA DAHULU TIDAK PENTING!!!, yang penting adalah SIAPA ANDA SEKARANG!

InshaAllah..

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Barang siapa yang mengerat kukunya pada:


* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya
ubat dan masuk kepadanya penyakit.


* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan
dan masuk kemiskinan.


* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan
masuk sihat.


* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan
masuk penyakit.


* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was
dan masuk kepadanya kepapaan.


* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan
masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti
pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala...
 

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih. Lagi satu, mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.


Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam. Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu....

ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016