AJAL DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


Ajal ditentukan oleh Allah
Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Ketika itu malaikat akan tahu ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui  sebelum itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-ramalan ahli-ahli nujum yang memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh diagak, sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian kepakaran, namun ketentuan ajal tetap di tangan Tuhan.

Walaupun demikian, biarpun kematian itu tidak boleh diramalkan, namun semua orang faham semakin lanjut umur seseorang, bererti semakin pendeklah kadar  hayat kerana setiap orang itu mempunyai ketetapan umur. Biar dalam keadaan apa sekalipun, pesakit perlu diberi harapan. Sebuah hadis daripada Abu Said alKhudri  r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Apabila kamu semua mengunjungi pesakit, hiburkanlah dia dengan lanjut umur. Memang hiburan itu tidak menolak ketentuan Allah sedikit pun, dan sebaliknya menyenangkan hatinya - Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.


Rasulullah s.a.w. juga meminta agar dibacakan Yasin di sisi orang yang hampir mati:
Bacalah Surah Yasin di sisi orang yang menghadapi mati di kalangan kamu - Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.


Surah Yasin dibaca tidak semestinya kerana ajal seseorang itu telah hampir, tetapi ia dibaca agar orang yang berada dalam keadaan tenat itu disembuhkan Allah  s.w.t. andainya nyawanya masih panjang, ataupun diambil nyawanya dalam keadaan tenang sekiranya ajalnya telah hampir, kerana Surah Yasin itu dibaca menurut niat pembacanya.
 
 
 
Ibuani: Al-Fatihah buat sahabat Suami Ibu, sahabat sekampung... sahabat sepermainan bola...  yg dijemput Allah swt malam tadi 15 Jan, 2012.. diusia 27 tahun dan meninggalkan seorg  isteri yg masih muda... serta 2 org anak2 yg masih kecil.... Ibu doakan rahmat Allah swt akan sentiasa mengiringi 'arwah'... dan moga diampunkan segala dosa2nya didunia ini dan ditempatkan ditempat2 dikalangan mereka2 yg beriman...... Ibu harap isterinya akan tabah dan percaya setiap ujian Allah swt itu hanya untuk hamba2 yg disayangiNya... Al-Fatihah...


Comments

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)