Tuesday, October 8, 2013

“NAMPAK SAHAJA SAYA BEGINI"....





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



“Nampak sahaja saya begini,  sebenarnya sayalah orang yang terkadang lupa utk menyatakan syukur.
Nampak sahaja saya begini, sebenarnya sayalah orang yang mudah berputus asa.
Nampak sahaja saya begini, sebenarnya saya juga orang yang sering lalai dalam amal ibadatnya.
Nampak sahaja saya begini, sebenarnya saya juga orang yang terkadang mudah menilai orang lain.
Nampak sahaja saya begini, sebenarnya sayalah orang yang paling lemah imannya.
Nampak sahaja saya begini, sebenarnya saya juga orang yang terkadang lancang berkata-kata.
Namun itulah sebabnya saya begini, saya masih berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Mungkin tidak dipandangan manusia, cukuplah pada pandangan Allah"...
Kerana biarpun saya begini saya sentiasa akan cuba perbaiki diri agar mencapai apa yang saya citakan iaitu membawa seluruh keluarga saya ke Jannah... InshaAllah..

ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016