SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN… TAPI INGAT JANGAN TIMANG TINGGI-TINGGI….AKIBATNYA…

Difwdkan dari seorang teman….& Ibuani sekadar berkongsi…
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai diresus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

*Boleh timang anak.. tapi jgnlah tinggi2 & kuat sgt.. ok… moga x terjadi pada anak2 kita.. Amin....



Comments

zh-ena said…
terus teringat kat umairah..risau jea..
BabyIntan said…
Ya Allah, mintak dijauhkanlah benda2 cam gini. Takut mendengarnya...
AkMa said…
bahaya nye..husband akma pun suke gak timag2 ni..tp x de la tinggi2..tp bile bace cerita ni takut la plak dengar..
ibu_Arifa said…
bahayakan timang2 anak nih.. sapa yg saya baca until anak umur 4 tahun kita tak boleh nk lambung2 anak.. saya pun risau jer..MIL selalu buat kat dalila sejak 2bln.. pesan kt asben lah, cuba elak bg org timang2 anak kita..risau kan..
Mysunshine cake said…
Mysunshine Gift Shop is doing our 1st Giveaway! Sound's good? come visit us

zar
Unknown said…
betui tu ibu ani,

timamng sikit takat 2,3 inci udah ler.. lagipun bb kalo below 6 bulan, kecik sgt kalo di timang tinggi..

gitu juga kalo enjut bb dlm buaian, setgh ibu ayah suka enjut kuat2, konon2 nak bg anak cepat tidur.. tp sebenarnya mengundang kes yg sama spt menimang bb tinggi2...

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)