Monday, November 30, 2009

BISNES JUAL EMAS 916 & 999




Assalammualaikum... rakan2 semua... Ibuani ingin berkongsi info pasal bisnes baru Ibuani iaitu EMAS (yg kebanyakkan masyarakat kita buat hiasan & hantaran)... Setelah Ibuani berjaya menembusi pasaran ONE DROP PERFUME (ewah2..), di sabah/serawak & sengelintir di Brunei... Alhamdullilah

Ibuani melangkah & cuba mengembangkan lagi perniagaan keluarga Ibuani dgn menjadi Agent menjual EMAS 916 & 999 di dalam bentuk Jongkong... (tanpa upah).. Ini kerana minda Ibuani yg terbuka apabila pengalaman Ibuani sendiri semasa nak 'trade-in' gelang nikah hadiah dari Huby kesayangan Ibuan yg dah kecik (dah x muat sebenarnya.. he.he..)... sebelum hari raya tempoh hari... (bulan September, 2009)..

Harga gelang yg Huby beli semasa kami nikah dulu ialah RM1,100 untuk 21 gram... bila ditimbang2 tokey emas tu cakap" if u nak trade in kita bagi u RM,2500 if u mau angkat wang kita bagi U RM2,200 cash money on ur hand".. WOW.. terkejutnya dgr...

Jadi tanpa membuang masa lg Ibuani cuba hubungi sahabat Ibuani yg pernah offer untuk jual Jongkong EMAS 999 pada Ibuani sebelum ini.. Malangnya.. Duit simpanan Ibuani di perlukan untuk tujuan yg lebih penting.... Masa itu (bulan September, 2009)..
Harga untuk 20 gram 999 hanya RM2400++.. oleh kerana Ibuani mmg nak sgt beli.. Ibuani simpan juga sikit duit gaji yg Ibuani dpt setiap bulan...

dan pada awal bulan November, 2009 Ibuani berjaya juga mendapatkan 1 bar jongkong EMAS 999 seberat 20 gram dgn harga RM2,800++.. kecewanya coz harganya dah tinggi dari apa yg Ibuani dah kumpul... Syukur.. Alhamdullilah...Huby Ibuani tambah sikit untuk merealiasasikan impian isteri yg tersayang ni...

Jadi di sini.. Ibuani nak share info yg Ibuani rasa berguna ni untuk semua kawan2 bloggers... yg sebenaranya matawang (Ringgit Malaysia) sudah kurang nilainya... yg semakin hari semakin naik adalah EMAS.... bagi yg mempunyai barangan EMAS... Alhamdullilah.. Bagi yg ada simpanan dlm bentuk RM pun syukur alhamdullilah.. tapi simpanan yg ada bolehlah kita gunakan sedikit untuk kita mendpatkan & mula menyimpan dalam bentuk EMAS.. untuk simpanan masa depan kita & keluarga .. Wallahhualam..


ITU AKU - PUAN SUHAINI SAPERAN

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KESAYANGAN KU

KESAYANGAN KU
Copyright to KEDAI QASEH IBU
Designed by UMIESUEstudio 2016