Posts

Showing posts from July, 2011

PENILAIAN

Image
Wahai diriku... Andai engkau rasa tiada apa yang cacat pada dirimu, Engkau sebenarnya belum kenal dirimu Waspadalah Dalam engkau rasa begitu Engkau telah dibiarkan oleh Tuhanmu Kerana tidak sedar dalam kelemahanmu Kebaikkan itu bukanlah dari pengakuanmu sendiri Hanya orang lain yang dapat menilainya Itupun tanpa engkau sedari Penilaian Allah lebih teliti Segalanya dalam rahsia Allah yang tiada siapa ketahui... Diriku: Ya Allah, apa agaknya penilaianMu terhadap diriku… ..

Kita Bukannya Baik Sangat !!

Buat Tatapan Rakan2 Kusekalian... 1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh 2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin 3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome 4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa 5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat 6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang 7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah 8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut TAPI... 1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain 2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan 3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri 4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain 5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain 6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seik...

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Image
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. 2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahu...

SYUKUR NIKMAT UJIAN

Image
"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku." Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa. Ibuani: sentiasa bersangka baik dgn Allah swt krn sesuatu ujian yg diberikan adalah yg terbaik dan termampu untukku ...