SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


SYAITAN DIGARI, PINTU-PINTU NERAKA DITUTUP DAN PINTU-PINTU SURGA DIBUKA

Pada bulan Ramadhan jin/syaitan jahat digari dengan rantai, mereka tidak boleh menyesatkan manusia sebagaimana bebasnya di bulan yang lain. Kaum muslimin sibuk dengan puasa hingga hancurlah syahwat, dan juga kerana bacaan al-Qur'an serta seluruh ibadah yang mengatur dan membersihkan jiwa. Allah SWT berfirman :

Maksudnya : “Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al-Baqarah : 12)

Kerana itulah pintu-pintu neraka ditutup dan dibuka pintu-pintu surga, amal-amal sholeh banyak dilakukan dan ucapan-ucapan yang baik berlimpah-limpah, Rasulullah SAW bersabda :

“Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”

Semuanya terjadi di awal bulan Ramadhan yang diberkati, berdasarkan sabda Rasulullah SAW “ Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, digarilah semua syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu neraka yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu surga, tidak ada satu pintupun yang tertutup.

MALAM LAILATULQADAR

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan, Allah telah menjadikan malam LailatulQadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadar :1-5)

BULAN MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian :

1. Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

2. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

3. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

4. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


SOLAT SUNAT TARAWIH DI MALAM HARINYA

Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

untuk diriku: mengharapkan agar Ramdhan kali ini bukan yg terakhir bagiku... dan amalan daku diterima oleh Allah swt.... Aminnnn



Comments

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)