Posts

Showing posts from 2012

PERMOHONANKU PADAMU YA ILAHI

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   Ya Allah Ya Tuhan-ku, Dari lubuk jati yang paling dalam hamba memohon, Kupanjatkan doa ini untuk saudara, kerabat, sahabat dan temanku di manapun mereka berada, semoga kebaikan selalu menyertainya, Sayangilah saudara-saudari dan sahabat-sahabatku, Jadikanlah kehidupannya berlimpah Rahmat, Nikmat dan Ridha-Mu, Isilah hari-harinya yang tersisa untuk selalu tunduk pada-Mu... Ya Syafii yang Maha menyembuhkan, Sembuhkanlah hati-hati yang terluka dengan kesembuhan dan kebahagiaan dari-Mu, Balutlah hati-hati yang kesepian dalam dekapan cinta kasih-Mu, Limpahkanlah kehangatan dan sentuhan kasih-Mu untuk hati-hati yang gersang, hati yang kosong, hati yang bingung dan kehilangan tujuan ...

BAGAIMANA MUDAH BANGUN MALAM

Image
    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....      SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi,  sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.  Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk be...

DOA UNTUK 'SOLEH' - MOGA ADA SINAR UNTUKNYA :'(

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....  Time lunch di opis saya luangkan jengok2 blog saya yg dah lama x diupdate... almaklum byknya urusan duniawi yg xpernah habis setiap hari.... sgt malu dgn diri sendiri krn tidak pandai membahagikan masa... :( dan hasilnya melalui Blog Adik Ayu hati saya tersentuh dgn kisah Adik Soleh ini, hanya doa dapat dari saya kirimkan dari jauh & inshaAllah sedikit sumbangan ikhlas dgn izinNya... Saya mohon pd semua yg membaca blog saya sudi menghulurkan sumbangan dan doa untuk Adik Soleh ini... InshaAllah moga kita semua sentiasa dirahmat Allah swt... & apa jua amalan yg baik diberi ganjaran yg baik2 juga olehNya... jika tidak di Dunia mudah2an di Akhirat kelak...  * Ban...

HIDAYAH PERLU DICARI BUKAN DITUNGGU

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....   Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya sama" . Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan y...

TABUNG IFTAR RAMADHAN ROHINGYA

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Hari ini berlaku satu kejutan kerana posting yang saya letakkan pada Subuh pagi tadi berkenaan dengan penindasan dan pembunuhan yang berlaku terhadap umat Islam di Myammar telah mendapat respon yang luar biasa. Setakat ini telah menerima lebih 5,000 LIKE, lebih 2,000 COMMENTS dan lebih 16,000 SHARE hingga menjangkau lebih 100,000+ pembaca FB dalam 1 hari. Amat luarbiasa. Ada beberapa perkara ya ng berlaku: 1) Ada yang mesej saya dan memaklumkan bahawa gambar itu ialah gambar mangsa taufan di Myammar. Pelik apabila mangsa taufan diikat tangannya. Tapi tidak mengapalah, saya sudah edit dan letakkan MAKLUMAN baru sebagai RALAT. 2) Saya gembira sebab rupanya masih ramai...

DOA KUNCI KEJAYAAN..... BERDOALAH.. DAN JADIKAN AMALAN.....

Image

Hukum Puasa, Solat & Doa Pada Nisfu Sya’ban

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah. Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada siang harinya? Jawapan : Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya). Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandan...

Siapa Kita Untuk Menilai

Image

Mengapa Kita Mesti Berusaha Untuk Meningkatkan IMAN Anak-Anak

Image
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....   Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.... Semua amalan yang kita lakukan di dunia ini adalah bergantung kepada IMAN kepada Allah swt. Sekuat mana kita meyakini pada janji-janjiNya bagi setiap amalan, maka sekuat itulah kita akan berusaha untuk melaksanakan amalan tersebut. Sebagai contoh, untuk bangun tahajud di tengah malam, kita mungkin akan menyiapkan jam loceng di sebelah telinga untuk bangun awal pada malam tersebut. Namun, adakalanya walaupun jam loceng telah berbunyi, kita hilang kekuatan untuk melawan daya tarikan mata yang mengantuk dan tilam yang empuk. Lebih-lebih lagi, semata-mata untuk berdiri mengerjakan solat di kala insan-insan lain sedang nyeny...