BUAT KAUM HAWA











Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....  


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta PARA sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat


BUAT KAUM HAWA
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.

Ingat senang ke semua tu?
Ingat mudah ke nak tempuh semua tu?

Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.

Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
K-pop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.

Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.

Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar.
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.

Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.

Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita.
Allah telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita.

Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha Ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.

Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.

Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.

Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.

Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?

Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman. Insya-Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!

Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.

Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?

Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini."

Credit to Imam Muda Achmad



Comments

Unknown said…
Get FSSAI License - Preferment of food safety, including by practicing to handle food safely, to increase the awareness level of food safety in manufacturer. Qsindia is a leading service provider for FSSAI Certification, registration, Food safety Certification & Product approval.
ahmed deraz said…
شركة تنظيف الشارقة 0567410494 التاج الملكى
• تقدم شركة تنظيف مسابح الشارقة
العديد من الخدمات وبأسعار رخيصة للغاية ونظراً لسعرها الرائع فهي تجذب العديد من العملاء، فتقوم شركة تنظيف شقق الشارقة
بعمل خصومات رائعة في مجال التنظيف يصل الخصومات إلى 50% عن السعر المخصص للتنظيف في الشركات الأخرى التي تعمل في هذا المجال

Popular posts from this blog

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN