Posts

Showing posts from November, 2011

ALHAMDULILLAH…SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT-MU YA ALLAH

Image
Alhamdulillah…saya dilahirkan sebagai seorang Islam… Alhamdulillah…saya dijadikan sebahagian dari umat Muhammad..kekasih Allah.. Alhamdulillah…saya dihidupkan sebagai mukminah… Alhamdulillah…saya hidup sederhana…cukup segala-galanya… Alhamdulillah…saya diberi akal fikiran untuk mengenal dosa dan pahala..dan untuk mencari ilmu.. Alhamdulillah…saya masih punyai ayah,ibu dan adik bradik..malah saudara-mara dan sahabat-sahabat..... rakan sekerja... serta jiran dan masyarakat yang baik denganku.. Alhamdulillah…saya masih dipinjamkan nafas dan kesihatan yang baik untuk beramal ibadah.. Alhamdulillah…saya masih diberi nikmat,tak terkira nikmatnya.. Alhamdulillah…saya…masih saya…dan saya berharap dan berdoa..semoga Allah tetapkan saya di jalan-Nya.... jauhi saya dari menjadi hamba-NYA yang tamak dan tidak menghargai nikmat-NYA.. Alhamdulillah…untuk segala-galanya Kekasihku Allahu Rabbi.. Alhamdulillah.. Saya ucapkan alhamdulillah…anda? Berapa banyak yang anda perlukan lagi? Masih tidak cukup k...

Selamat Pengantin Baru Sahabatku, Maizatul Aswad

Image
26hb Nov, 2011 Ibu gi jemputan sahabat baik yg baru sampai jodohnya...... Alhamdullilah, majlis nampak sgt lancar dan cuaca baik....... Oleh sebab Huby Ibu xada, jd Ibu terpaksa minta ihsan adik Ibu yg baik hati tolong hantarkan....... Puashati coz dpt jumpa sahabat 1 skol dulu... Mmg happening dan yg pasti sudah byk berubah........ Syukran..... Untuk sahabatku Maizatul Aswad.... Ibu doakan semoga kalian berdua sentiasa berbahagia hingga keujung nyawa dan sabar serta tabah dgn apa jua ujian dialam berumah tangga..... Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kalian.... Aminnnn....(Xsaboo nak tgk anak Mai pulak....) Ibuani - 26hb Nov, 2011 Sabtu

BERFIKIRAN POSITIF & BERPRASANGKA BAIK

Image
~ Ada yang menyakiti hatimu ? ~ Ada yang mengecewakanmu ? ~ Ada yang membuatmu menangis ? ~ Ada yang berbohong padamu ? ~ Ada yang berjanji padamu tapi tidak ditepati ? ..... TERSENYUMLAH SENTIASA .... :) ~ Mungkin dia tidak sedar jika telah membuatmu sakit hati ~ Mungkin dia tidak tahu telah mengecewakanmu ~ Mungkin dia belum dapat memahami tentang isi hati seseorang ~ Mungkin dia belum belajar tentang semua itu ~ Mungkin dia belum mengerti bagaimana rasanya sakit, kecewa dan dibohongi serta diingkari.... .... Tetaplah BERPIKIR POSITIF dan BERPRASANGKA BAIK ...... Ibuani: rasa sihat jiwa bila berpikiran positif dan bersangka baik.......... ;) Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN 1433H

Image
Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembal asan kel ak. Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amala n kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW. Sejarah Hari Maal Hijrah Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. I...