SUBHANALLAH.... TAFSIR SURAH AL-FATIHAH
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
Surah al-Fatihah adalah surah MAKKIYAH mengandungi TUJUH AYAT. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rekaat semasa solat. TIDAK SAH SOLAT tanpa membaca surah ini. Dipanggil sebagai UMM AL-QUR'AN (ibu al-Qur'an) atau UMM AL-KITAB (ibu al-Kitab)
Tafsiran:
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Surah Al-Fatihah terbahagi kpd 2 BAHAGIAN yakni :
Sebahagian utk ALLAH-Sebahagian untuk HambaNya
Sebahagian utk ALLAH-Sebahagian untuk HambaNya
Tahukah anda setiap kali Surah Al-Fatihah di bacakan dalam solat.. Ia DIJAWAB LANGSUNG oleh Allah swt?
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku:
“Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan: Telah berkata Allah Azza-wa Jalla: Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya: seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta.

Apabila hambaKu itu berkata:
“Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”,
Allah menjawab: ”HambaKu memujiKu” ;
“Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”,
Allah menjawab: ”HambaKu memujiKu” ;
dan apabila hambaKu berkata:
“Arrahmaanir Rahiim” ,
Allah menjawab: “HambaKu menyanjungKu” ;
“Arrahmaanir Rahiim” ,
Allah menjawab: “HambaKu menyanjungKu” ;
dan apabila hambaKu berkata:
“Maaliki Yaumiddin”,
Allah menjawab: “HambaKu memuliakanKu”,
“Maaliki Yaumiddin”,
Allah menjawab: “HambaKu memuliakanKu”,
dan apabila hambaKu berkata:
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”,
Allah menjawab: “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;
“Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”,
Allah menjawab: “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;
dan apabila hambaKu berkata:
“Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”,
Allah menjawab: Ini semuanya untuk hambaKu, mintalah, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Allah menjawab: Ini semuanya untuk hambaKu, mintalah, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.
(Hadis Riwayat Muslim)
SUBHANALLAH..
MAHA SUCI ALLAH SWT YANG MAHA BESAR....
Comments