RENUNGAN BUAT DIRIKU YANG MASIH LALAI





Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... 


Syukur Alhamdullilah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....



Ingatlah wahai diriku..!!!
Di saat-saat kematian semakin menghampirimu dan sentiasa mengejarmu apalagi alasan sehingga kamu masih lagi lalai untuk mendapat dan mengerjakan amal akhirat. Apabila kamu mendapat nikmat dunia,merasa seronok sehingga melanggar perintah dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat-Nya,maka kamu bersedih tetapi hakikat sebenarnya Allah hendak mengembalikan dirimu kepada-Nya untuk beroleh keredhaan-Nya.

Wahai diriku jangan bersedih karena kehilangan nikmat duniamu tapi bersedihlah kamu sebab kehilangan amal akhiratmu. Ingatlah bahwa Allah ingin memberimu peluang untuk kembali kepada-Nya sebelum datangnya saat kematian. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.” (Hadis riwayat imam Tirmizi)

Diriwayat lain Rasulullah Shallahu Alaihi Wasallam juga mengingatkan:

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu mudamu sebelum datangnya tua,sihat kamu sebelum datangnya sakit, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibuk,kayamu sebelum datangnya kemiskinan dan hidup kamu sebelum datangnya mati, ." (Riwayat Baihaqi).

Ingatlah wahai diriku bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh Tuhanmu
Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu.

Ingatlah Firman Allah yang bermaksud :
“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?” (Ayat 36 surah al-Qiamah)

"Hisablah dirimu sebelum dihisab oleh Allah dihari penghisaban yang maha Adil"

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).” (Hadis riwayat Imam al-Hakim)

Wahai diri engkau telah berbuat banyak dosa maka bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan tutupilah kesalahanmu dengan berbuat seberapa banyak kebaikan.... 


SELAMAT BERAMAL SEMOGA RENUNGAN INI DAPAT MENYEDARKAN KITA SEMUA, TERUTAMA DIRI INI....
AMIN YA RABBAL ALAMIN....


Comments

Popular posts from this blog

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN