KESILAPAN KITA SEBAGAI IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
1. Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
- Saidul (penghulu) istighfar
- Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
- Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi seperti:
- menakutkan anak-anak dengan sekolah
- menakutkan dengan tempat gelap
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
- menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
- Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur mereka secara negatif
- Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
- Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
- Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
- Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas
- Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah
- Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
- Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Berrtengkar di depan anak-anak
- Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
- Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
- Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
- Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Ibuani: masih byk perlu diperbaiki dan dibaik pulih... :)
Comments
mendidik anak sangatlah penting, tetapi banyak juga orangtua yang sibuk bekerja dengan alasan bekerja untuk kepentingan anak. sehingga mereka lupa dengan tugas mereka yang sebenarnya,
15.07.25fangyanting
louboutin
mcm bags
hollister outlet
coach factory outlet
longchamp pas cher
ed hardy outlet
toms outlet store
gucci handbags
oakley outlet
air max uk
polo outlet
air max 2015
nike blazer pas cher
chaussure louboutin pas cher
true religion jeans
sac louis vuitton pas cher
mont blanc pens
michael kors outlet
christian louboutin shoes
toms shoes for women
coach factory outlet
kate spade handbags
chanel bags
oakley store
coach outlet
cheap oakleys
tory burch outlet online
burberry sale
ralph lauren polo shirts
polo ralph lauren
cheap jordans free shipping
oakley sunglasses sale
cheap ray bans
beats headphones
ray ban wayfarer