SUAMI ISTERI AKHIR ZAMAN



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....




SUAMI ISTERI AKHIR ZAMAN
 

Bagi yang bujang suatu iktibar.
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran.
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar.

 
Wahai SUAMI renungkanlah...  
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi... Tidaklah semulia Khadijah, Tidaklah setaqwa Aisyah, Tidaklah setabah Fatimah... Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...
 
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama...
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya..  
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya..  
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya..

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya..
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya..  
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,  
Perlunya iman dan taqwa,  
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH Ta'ala kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana.. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa..

Kamu bukanlah Rasulullah..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah..  
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..

Wahai ISTERI pula renungkanlah..  
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia..
Suami yang menikahi kamu...  

Tidaklah semulia Muhammad s.a.w., Tidaklah setaqwa Ibrahim, Tidak setabah Ayyub, Tidak segagah Musa, Apalagi setampan Yusuf..
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama...
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya..
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya..
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya..
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya..
Sekiranya suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya..
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita.... 
Perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH Ta'ala kerana Memilik suami yang tak segagah mana..  
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa..
 
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi..  
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI..
 
Ingatlah:  

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah ??
Mengapa perlu isteri secantik Balqis, Andai diri tidak sehebat Sulaiman ??
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, Seandai kasih tak setulus Zulaikha ??
Mengapa perlu mencari suami seteguh Ibrahim, Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah ??

*** Manusia mmg x sempurna, tp dtuntut sentiasa muhasabah dan perbaiki diri... InshaAllah... Moga bermanfaat..

Comments

Popular posts from this blog

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN