ANDAI SAYA TIADA DI SYURGA.... TOLONG TANYA DI MANA SAYA PD ALLAH...




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

Diriwayatkan, bahawa apabila penghuni syurga telah masuk kedalam syurga, lalu mereka tidak menemui sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia.

Mereka bertanya tentang sahabat2 mereka kepada ALLAH...

"Yaa Rabb..kami tidak melihat sahabat2 kami yang ketika di dunia solat bersama Kami, puasa bersama kami.."

Maka ALLAH berfirman :

"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat2 kamu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah..."

(Riwayat Ibnu Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Hasan Al Basri berkata :

"Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat..".

Ibnu Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2nya sambil menangis,

"Jika kalian tidak menemui aku nanti di dalam syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada ALLAH tentang aku : "Wahai Tuhan kami, hambaMu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di dalam syurga.."
  
***Allahu… Jika anda tidak temui saya di syurga kelak, tolong tanyakan berkenaan saya..... dan tolong keluarkan saya dari neraka jika saya di dalam sana..... :'( 
sekarang baru faham kenapa Rasulullah sangat2 tekankan menghubungkan silaturrahim sesama mukmin...


Comments

Very nice dan info yg sgt beharga..tqq..

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)