SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 - MAAF ZAHIR & BATIN
Assalammualaikum... Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca sahabat di alam maya ini, yang beragama Islam. Semoga kita semua diberi keampunan & kemenangan di Ramadhan kali ni... dan segala kebaikan akan terus berterusan pd bulan2 yang lain.... Insyallah... Kepada yang pulang beraya di kampung, selamat jalan saya ucapkan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Pandulah dengan berhemah dan ingat orang yang tersayang. Dikesempatan ini juga, saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata dan terkasar bahasa sepanjang kalian semua mengenali saya... senyum selalu... ;D
Ada ketikanya…
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Dan hati silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Saya SAYANG anda semua.....
Ada ketikanya…
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Dan hati silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Saya SAYANG anda semua.....
Comments