YA ALLAH PELIHARA LAH SUAMIKU & ANAK-ANAK KU - 2 beradik maut dilanggar kereta


2 beradik maut dilanggar kereta

KOTA BHARU 23 Ogos – Hasrat seorang ibu menyediakan kelengkapan buat dua anaknya sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tidak kesampaian apabila kedua-dua anaknya itu maut dalam nahas di Kampung Hujung Tanjung dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa Raja Zulkarnain Raja Azhan, 9, dan adiknya Raja Nur Iliya, 6, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mereka dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara ketika menunggang basikal pulang ke rumah dari sekolah. Pemandu kereta itu bagaimanapun melarikan diri.

Ibu mangsa, Norain Alia Abdullah (gambar), 35, berkata, sebelum kejadian, anak lelakinya itu memintanya membelikan sepasang baju Melayu berwarna ungu dan dia berjanji untuk membelinya selepas mendapat wang zakat daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

“Setelah mendapat duit zakat hari ini, saya bercadang nak membawanya untuk membeli baju Melayu tersebut, namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila anak saya maut dalam kemalangan,” kata mualaf itu ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II ) dekat sini hari ini. Credit for: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


Ibuani: Allahhuakhbar... Allah Maha Besar... Ya Allah dgn rendah hati aku bermohon padaMu, peliharalah, selamatkanlah, lindungilah suami & anak - anakku dari apa jua musibah Ya Allah, walau dimana mereka berada.... Kasihanai lah aku Ya Allah... Hanya padaMu ku bermohon agar mereka diberi kesihatan yang baik & panjangkan usia mereka untuk aku melihat mereka berjaya di dunia ini untuk membawa bekalan ke akhirat Mu yg abadi... Aminnn...

Ya Allah, tabahkan hati Ibu kepada kanak2 malang ini ... Aku sebak melihat kejadian ini... moga kesabaran, ketabahnya & keredhanya akan memberikan rahmat & kebaikan padanya....

mood: sgt sedih lepas baca berita ini.... ;`(


Comments

Popular posts from this blog

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN