Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”…

... I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili (ibu pun actually… )

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu…." Astaghfirullah al-azim... :(



Ibuani: jarang kecil hati krn bila ada sesuatu yg tersentuh hati Ibu lebih kearah mencari silap sendiri… takut2 silapnya dtg dari kita… tp krn ego kita cuba palingkan kesalahan pd org lain… wallahualam… - pernah tersalah langkah dgn membalas kejahatan dgn kejahatan… nyesalnya…. :(


Sumber from: Sctynor Yuyun Resources


Comments

zh-ena said…
tak pernah terpikir akan lebih berdosa tu...selalu kecik hati gak
Anonymous said…
Ibu pun, selalu kecik hati.... Lps ni kita akan cuba berlapang dada jika ada yg mengecikkan hati kita ye.. Mudah2an keredhaan kita dikecikkan hati diberi balasan yg indah2 dr Allah swt..... :)

Popular posts from this blog

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN

BERUBAH & TETAP ISTIQOMAH

CELIK EMAS... :)